
Soalan: Mengapakah Wall-E ini kelihatan sedih?
Jawapan: Beliau hanya mempunyai tiket menonton diri sendiri, bukan tiket Nostalgia Night.
Saban tahun Makan Malam Merdeka/Malaysia dianjurkan, setiap kali itulah komiti penganjur berhempas pulas menjual tiket. 2 tahun lepas hingga hari terakhir sebelum majlis pun, tiket masih perlu dijual. Tahun lepas pun, menurut laporan, menjual tiket adalah proses yang perit.
Tidak pernah terjadi dalam sejarah peradaban MASCA, tiket dijual sebegini pantas. Sepatutnya hari ini, acara menjual tiket adalah sekondari. Prioriti nombor satu ialah mengaut keuntungan maksima melalui jualan BBQ (kami masih pergerakan sifar-untung. Semua keuntungan akan disalurkan kepada kamu juga akhirnya).
Sebelum kamu terlupa, ingin saya ingatkan, dapatkan tiket Nostalgia Night ini. Tiket ini memang tidak percuma (seperti oksigen yang kamu sedut), tetapi berbaloilah untuk majlis sebegini.
Teori ekonomi ada menyatakan, semakin lambat kamu beli, semakin tipis peluang kamu untuk menyertai majlis ini. Dari segi fizik pula, semakin lambat kamu beli, semakin jauh kamu daripada pentas (pusat fungsi yang kami sewa tidaklah terlalu besar sebenarnya, jauh pun tidaklah jauh sebenarnya).
Nanti, jangan kata tiada sesiapa mengingatkan kamu.
Kredit imej: DonSolo
Email
Print

UMNO SA ada website baru. Saya membantu serba sedikit menaikkan website ini. Beliau masih belum siap sepenuhnya. Sekadar boleh dibaca dan ditonton. Belum melalui proses pewarnaan dan penstailan.
Website ini dibina atas platform WordPress, platform paling ranggi di alam semesta.
Website ini dibina dengan Theme Thesis. Saya kata theme sebab itu terma yang kamu selalu gunakan. Sedikit miskonsepsi sebenarnya. Thesis lebih sekadar theme. Thesis adalah rangka kerja (framework?) WordPress paling hebat di alam semesta. Dengan Thesis kamu boleh menaikkan website yang pelbagai.
Sila lihat di sini. Semua contoh website itu dibina dengan Thesis. Semuanya nampak lain dan unik. Website tempat contoh itu ditayang juga dibina dengan Thesis.
Mungkin kamu tidak faham apa yang saya repekkan di sini. Jadi saya berhenti merapu tentang pembinaan website. Kalau kamu berminat, saya boleh bercerita di tempat lain. Bukan di sini.
Sila ke sana dan pujilah webmaster UMNO SA. Beliau adalah bidan yang baru terjun ke bidang penerbitan atas talian ini. Beliau baru bermanja-manja dengan CSS, XML, PHP dan adik-beradik mereka. Mana tahu nanti, kerana semangat yang kamu beri beliau mampu menjadi koder WordPress terhebat di Malaya (dan saya boleh mengeksploitasi kepakaran beliau).
Hip hip horey!
nota kaki:
Logo itu agak kecil, saya tahu. Itu yang diberi kepada saya, itulah yang saya tayangkan kepada kamu.
Email
Print

Ingat saya pernah tulis sedikit tentang Malaysia Night?
Beliau telah lahir dan diberi nama yang sah: Nostalgia Night 2009. Sebelum kita bercerita tentang beliau, kita cerita sedikit tentang beberapa babak yang berlaku sebelum kelahiran beliau.
[Ahem.. Klik untuk sambung..]
Email
Print
Ya, Tora datang lagi dengan sambungan kepada episod lalu.
Hari pertama
Flight kami pukul 8.45 pagi. Hampir suku daripada kenderaan bersaya itu dipenuhi dengan kontinjen SA yang nak ke NCG. Kami ugut Naqib untuk hantar kami ke airport, pagi itu.

Naqib yang gembira kerana gambar beliau diambil
Sampai di Sydney, baru saya sedar berapa besar rombongan kami ini. Kata kunci: Besar! Nak menunggu semuanya selesai ambil beg sekian. Nak memberi taklimat bagaimana nak ke penginapan sekian. Daripada airport, kami menaiki teksi ke apartmen kami.
Secara kolektifnya, menaiki teksi memang mahal. Cuma, kalau dibahagikan, lebih murah daripada menaiki kereta api. Ini mengikut kira-kira yang diberi oleh penganjur. Kalau mereka kelentong, saya pun kelentong juga.

Omak dan Zul yang gembira kerana berjaya menemui bagasi mereka
[Ahem.. Klik untuk sambung..]
Email
Print

Saya ada blog. Dalam berpuluh-puluh blog yang saya ada, jarang sekali saya menceritakan perihal hidup saya seharian.
Hal ini mengundang panggilan telefon daripada rakan-rakan atau famili yang sayangkan saya: ‘Kau hidup lagi tak labu? Kau buat apa kat sana?’
Ini saya mahu beritahu, minggu lepas, saya ke Sydney.
MASCA dan NCG
Setiap negeri di Australia ini (kecuali NT), ada sebuah organisasi pelik bernama MASCA. Nama penuh beliau, Malaysian Students’ Council of Australia.
MASCA-MASCA yang bertujuh (dan abang mereka, MASCA National) ini telah berkomplot untuk mempunyai satu acara tahunan yang mengumpulkan semua pelajar Malaysia di Australia ini. Secara teorinya, mudah. Praktikalnya, hanya dapat sekitar 500 orang.
Acara tahunan ini dinamakan National Conference and Games (NCG). Gamesnya lebih. Conferencenya hanya disertai oleh komiti-komiti MASCA.
Konferens
Kita cerita tentang konferens ini dahulu. Konferens ini menjadi tempat untuk MASCA-MASCA yang bertujuh ini berjumpa dan bersuai kenal. Di sini juga mereka memilih kepala yang bakal menerajui MASCA National untuk penggal akan datang.
Kamu mungkin tak ambil kisah tentang ini semua. Ini semua politik, kata kamu. Tapi, seperti juga politik di Malaya, semua ini akan memberi kesan kepada kamu. Paling tidak, sedikit.
[Ahem.. Klik untuk sambung..]
Email
Print

Ya, sudah rasmi. Sebelum ini kamu mungkin dengar-dengar atau curi-curi dengar daripada kami. Sekarang ia sudah rasmi.
Walaupun kerja-kerja sudah bermula, semalam baru kami bermeyuarat. Semalam baru ada organisasi yang rasmi.
Malaysian Carnival 2009
Tarikh: 11 Oktober 2009
Tempat: Rymill Park, Adelaide
Kalau kamu kurang pasti Rymill Park di mana . Sila rujuk peta di bawah.
View Rymill Park in a larger map
Tahun lepas, tempat kejadian Malaysian Carnival ialah di Elder Park. Beliau lebih besar berbanding Rymill Park. Mengapa kami tidak buat di Elder Park?
Kerana Elder Park terlalu manja. Beliau sedang menjalani proses ‘berehat’ setelah penat menjadi tapak pesta. Remediation bak kata orang kampung saya.
Terlalu awal, akan bertembung dengan raya. Terlalu lewat, kita akan mengalami kejadian Malaysian Carnival terlalu hampir dengan periksa. Mungkin tiada apa-apa bagi kamu. Tetapi, bagi kami yang nak menganjurkannya ini, boleh membunuh jugalah.
Tahun lepas, Malaysian Carnival berlaku pada bulan Ogos. Mengapa tidak buat pada bulan Ogos?
[Ahem.. Klik untuk sambung..]
Email
Print