From the monthly archives:

August 2009

Kirby Tiada Lagi v2.0

10 August 2009

Kenyataan media untuk sebaran segera.

Kirbyans sudah menemui rumah baru. Untuk 2 minggu nanti, kami kiranya menyewa 2 buah rumah. Deposit untuk rumah baru telah dibayar dan tempoh sewaan berkuatkuasa Ahad nanti. Sewa untuk 2 minggu terakhir di Kirby ini pula sifar-bayar. :D

Untuk memberi gambaran lebih jelas tentang letakduduknya rumah baru kami, rujuk peta di bawah.


View Rumah lama vs rumah baru in a larger map

Nanti saya ceritakan lagi bagaimana rumah ini ditemui dan mungkin tentang bagaimana sewa rumah ini dikurangkan daripada AUD410 kepada AUD320 seminggu.

Kami pindah selepas Nostalgia Night. Ahad ini. Pukul 9 pagi. Datanglah beramai-ramai! Hip hip horey!

Email Email Print Print

Kirby Tiada Lagi

8 August 2009

Kenyataan media untuk sebaran segera.

Kirbyans bakal menjadi non-Kirbyans tidak lama lagi.

Begini.

Tuan rumah mahu menjual rumah ini. Seperti makhluk-makhluk lain yang ingin menjual sesuatu, beliau akan menampakkan betapa indah dan cantiknya rumah ini untuk memberi gambaran bahawa membeli rumah ini adalah keputusan paling bijak di alam semesta.

Proses mengindah dan mencantikkan rumah ini semacam mengganggu privasi kami. Rumah ini akan dicat. Kabinet di bilik akan diganti. Siling akan dicat. Lebuhraya menghubungkan bilik saya dan ruang tamu akan dicat.

Dengan pekerja-pekerja keluar masuk dan bau cat mengapung-apung di atmosfera Kirby, bagaimana kami mahu belajar bersungguh-sungguh (kerana kami tidak membuang masa melakukan perkara sia-sia. Bermain CS, misalnya)?

[Ahem.. Klik untuk sambung..]

Email Email Print Print