From the monthly archives:

June 2010

Pasca peperiksaan

29 June 2010

Not Lost in New York
Creative Commons License photo credit: Stuck in Customs

Minggu periksa adalah minggu yang sibuk.

Hanya orang yang sibuk ada masa

Orang kata, kalau nak sesuatu itu terlaksana, beri pada orang yang sibuk. Orang yang sibuk dan sentiasa bergerak fizikal dan mentalnya akan cuba menyudahkan kerja yang ada.

Orang yang tidak sibuk, ironinya, biasanya tidak buat banyak benda. Biasanya akan buat alasan kata kononnya sibuk, padahal tak sibuk. Jadi benda yang disibukkan tak siap, benda yang ditolak sebab sibuk pun tak siap.

Dalam hal ini, saya merujuk diri saya sendiri. Saya rasa penggunaan masa saya tidak begitu cekap. Banyak masa terbazir konon-konon buat sesuatu yang macam kerja, tapi bukan kerja.

Pseudo-kerja.

[Ahem.. Klik untuk sambung..]

Email Email Print Print

Abdomen

16 June 2010

Ambulance in Dartford #2 (Explore #468)
Creative Commons License photo credit: kenjonbro

LDV Maxus Private Ambulance (Explore #467)
Creative Commons License photo credit: kenjonbro

Ford Mondeo Paramedic Ambulance
Creative Commons License photo credit: kenjonbro

Apakah yang ambulans-ambulans ini buat di sini?

Apakah yang mereka cari?

Atau, lebih tepat lagi, siapakah yang mereka cari?

Email Email Print Print

Serius tak tipu

15 June 2010

Bertukar pandangan
Senyum
Ke sekadar berkawan
Dan bila cinta dah mula berputik
Tak tidur malam
Angan-angan jadi pasangan
Dah menjadi kenyataan
Yang nyatanya, telah banyak kita harung
Adakalanya rasa bebas, kadangkala terkurung
Kita pernah berpisah dan kembali
Berpisah dan kembali
Kembali kerna pengorbananmu kuhargai

Jangan kau bimbang sayang
Di mana ku berada
Dengan siapa ku bersama
Jangan bimbang
Ku tetap kau yang punya

Keratan lirik ‘Kau Yang Punya’ – Malique dari album OK

Gambar tiada kaitan. Ya, saya tahu.

Email Email Print Print

2 : :rage:
Creative Commons License photo credit: Amy McTigue

Tadi baru selesai dis.Cushion yang kedua.

discushion?

Saya patut terangkan dari mana datang nama dis.Cushion. Secara ringkas, discushion adalah nama kod yang saya letak di dalam ruang subject untuk pertukaran emel antara saya dan Dima.

Tertulis di situ ‘discushion – sebuah diskusi yang selesa’. Konon-kononnya kami sedang berwacana isu-isu yang hangat masa kini tapi dalam suasana santai.

Dima pernah menulis sesuatu untuk satu penerbitan yang akan dilancarkan kembali tu. Korespoden kami adalah susulan daripada itu.

Jadi, ya. Kusyen = selesa. Diskusi + kusyen = diskusi yang selesa = dis.Cushion.

[Ahem.. Klik untuk sambung..]

Email Email Print Print

564 - Irish Crop Circles - Seamless Texture
Creative Commons License photo credit: Patrick Hoesly

Manusia ni memang bangang. Dulu masa kat Friendster bermati-matian sebar-sebar mesej dari Adam Smith kata Friendster akan tutup akaun kau kalau kau tak sebarkan juga.

Lepas tu datang pula cerita yang Bill Gates dah bosan tengok duit. Jadi, kalau kau emel surat berantai tu, kau akan dapat sikit la duit Bill Gates tu.

Sekarang ni ada dalam Facebook pasal login Facebook boleh dapat duit pula. Soalnya, duit tu datang dari mana? Dari downline? Bila dah habis downline jadi apa?

Aku nak tulis pasal tu, tapi malas.

Yang aku rajin nak tulis sekarang: konon-konon ada lambang Zionis dalam komputer kau.

ne aku dpt ym dr kwn aku…ramai yg tidak tahu di dalam komputer kita ada menyimpan lambang zionis. tak percaya? lihat
disini C:\ProgramFiles\Microsoft Office\MEDIA\CAGCAT10\J0285926.WMF tolong delete file ni..foto kemenangan lambang zionis..harap hebahkan……

1. Menang apa yang dia dapat dengan selit benda tu dalam komputer kau?

2. Kalau kau delete, terkopak ke kayu rumah mereka? Terkurang ke duit dia dalam bank? Tergugur ke misai Benjamin Netanyahu?

Masalahnya sama je. Kita rasa kita buat baik pada dunia bila kita jumpa/sebar benda-benda macam ni. Padahal ntah ye ntah tidak. Tak reti nak selidik pun.

[Ahem.. Klik untuk sambung..]

Email Email Print Print

Pause
Creative Commons License photo credit: love|hate

Seseorang, atau beberapa orang barangkali, berkata ‘sejak ada Twitter, orang dah jarang berblog’.

Twitter mempersembahkan satu pilihan yang rendah-halangan. Tweetdeck sudah sedia terbuka. Tulis apa kamu fikir. Dan terus-terus, pengikut kamu dapat baca.

Blog sedikit rumit. Tiada had aksara. jadi kamu cenderung nak menambah-nambah. Untuk itu, kamu perlu mencari, atau menggoreng, untuk mengisi ruang tambahan itu.

Oh, tampak kosong tanpa gambar. Kamu ke flickr dan cuba mencari gambar-gambar yang POP! supaya entri kamu kelihatan hip.

Kamu perlu risau tentang H2 dan H3 tag. Mukataip apa kamu mahu gunakan. Warna apa. Bold dan/atau italik?

Ini salah satu sebab mengapa saya suka minimalism. Memudahkan semudah mungkin, tapi tidak terlalu mudah.

Lebih itu kurang. More is less.

Pacifists become militants.
Freedom fighters become tyrants.
Blessings become curses.
Help become hindrance.
More becomes less.

Less is More, Goldian VandenBroeck

Dihidangkan dengan terlalu banyak pilihan, majoriti tidak akan memilih; yang merupakan satu pilihan juga sebenarnya.

Terlalu lebih sesuatu akan menjadi lawan kepada sesuatu itu. Contoh, tiada pilihan = orang tidak memilih. Terlalu lebih pilihan = orang tidak memilih. Ergo, terlalu lebih pilihan mengakibatkan lawan kepada memilih i.e. tidak memilih.

Barry Schwartz, penulis The Paradox of Choice: Why More Is Less sedang bercakap di Google TechTalk:
http://video.google.com/videoplay?docid=6127548813950043200

Email Email Print Print