From the monthly archives:

July 2010

Treasure Trove
Creative Commons License photo credit: EJP Photo

Apakah perasaan kamu jika baru saja melakukan kesilapan terbesar di alam semesta?

Saya baru saja mengalami perasaan itu siang tadi (secara teknikalnya, semalam, sebab saya tulis ini sesudah Cinderella bergegas pulang). Mujur sangat-sangat saya terselamat daripada terus-menerus melakukan kesilapan dan sempat bertaubat sebelum langkah seterusnya diambil.

[Ahem.. Klik untuk sambung..]

Email Email Print Print

oil & lamp
Creative Commons License photo credit: Haml3t

Jarang saya pos video klip lagu.

Ini adalah lagu tema saya sekarang. Konon-konon macam ada kaitan la lagu ini dengan saya dan bagaimana lagu ini menceritakan perihal gelojak jiwa dan perasaan saya yang membuku.

Ceh! Ayat tipikal.

Malas nak pos versi video klip. Sebab ada cebis-cebis klip daripada filem.

[Ahem.. Klik untuk sambung..]

Email Email Print Print

Elvis!
Creative Commons License photo credit: kevindooley

Saya akan kantoi, dalam Singstar.

Ia terlalu rigid. Tidak boleh kreatif. Not muzik mana yang artis itu guna, not itu jugalah kamu perlu lontarkan.

Saya tidak reti ikut not. Kadang-kadang akan adlib.

Tapi.

Selalunya, saya lebih suka berharmoni. Memang penyakit dari dulu. Pantang dengar lagu, akan cuba harmonise. Gila.

Tak caya, tanya encik Penguin.

Dalam Singstar, saya akan kantoi.

Email Email Print Print

James, I think your cover's blown!
Creative Commons License photo credit: laverrue

Semalam saya tonton lima filem aksi. Apa gila?

Lebih gila lagi kerana ini adalah pencapaian agung untuk saya. Selalunya nak menyudahkan satu filem pun sangat sukar bagi saya. Tangan gatal saya akan capai tetikus dan buat kerja lain.

Biasanya saya akan membaca. Saya pasang filem. Tak sampai sepuluh minit, saya akan terus cari apa yang nak dibaca. Kadang-kadang saya baca lebih tentang filem itu daripada menonton filem itu sendiri.

Heh. Begitulah gaya hidup seorang pembaca terlampau.

Atau saya akan menulis. Memenuhkan buku nota dengan falsampah hidup saya. Konon.

[Ahem.. Klik untuk sambung..]

Email Email Print Print

bookshelf spectrum, revisited
Creative Commons License photo credit: chotda

Benda yang saya tak suka adalah:
1. buku-buku yang super best tapi saya belum beli
2. pemandu berkelajuan kura-kura
3. bilik yang bersepah

Penat periksa tidak habis lagi. Ditambah dengan penat kerja. Sampai di rumah, langsung tiada daya untuk mengemas.

Saya adukan perkara ini kepada pihak berwajib i.e. ibu saya.

Beliau memaklumkan bahawa kalau bilik saya ini terletak dalam lima minit pemanduan daripada bilik beliau, dengan berbesar hati beliau akan kemaskan. Selagi saya belum mampu teleportkan bilik ini ke Serting, pandai-pandailah saya menguruskannya.

Ibu saya tidak menggunakan kalimah teleport langsung dalam saranan beliau. Tetapi mafhum kata-katanya lebih kurang begitulah.

Dimaklumkan juga bahawa bilik saya di Malaya terjaga rapi dan sentiasa digunakan sebagai bilik tamu. Yang membawa erti, kadar penggunaan bilik itu oleh tetamu adalah lebih daripada saya.

Sehinggakan sepupu saya yang berumur dua tahun itu mati-mati percaya itu adalah bilik beliau. Mana tidaknya kalau sampai rumah saya saja, terus hantar beg ke bilik paling indah di alam semesta itu. Budak-budak yang kurang daya kognitif akan mudah terpedaya dengan silap mata sebegitu.

[Ahem.. Klik untuk sambung..]

Email Email Print Print