
photo credit: snowriderguy
Tahukah kamu apakah itu lucid dreaming? Sila tanya Google untuk maklumat lanjut.
Lebih kurang begini, lucid dreaming adalah mimpi yang kamu sedar dan boleh kawal. Premis Inception mungkin terinspirasi daripada lucid dreaming.
Ia adalah satu perkara yang agak besar juga. Kalau tak silap saya, ada satu majalah khas untuk topik itu.
Dua tahun lepas pernah saya cuba-cuba untuk berlucid dreaming. Sekadar cuba-cuba dan lepas tu dah malas dah.
Semalam saya mimpikan sebuah lagu. Cuma, ia bukan mimpi sangat. Sebab saya sedar. Siap saya buat mental note supaya ingat lagu tu. Nak bangun dan rekod tapi badan terasa penat yang amat.
Lagu itu cukup sifatnya. Ada melodi. Ada horn section. Ada string section. Korus, verse, bridge segala. Cuma tiada lirik.
Mungkin liriknya saya boleh karang kemudian, fikir saya.
Bunyinya macam jazz yang sedikit upbeat. Sedikit funky. Mungkin kerana saya banyak mendengar dixieland jazzband (Louis Armstrong, Sidney Bechet dan rakan-rakan) dan Gorillaz beberapa hari ni. Jadi, lagu itu mungkin hidrib-fusion dixieland jazzband dan Gorillaz.
Masalahnya, macam banyak-banyak lagu yang saya tulis dalam kepala tanpa tulis betul-betul dan rakam, ia luput ditelan sel-sel otak saya.
Fuh, kalaulah saya ingat lagu itu, mungkin saya boleh bersahabat dengan Paul McCartney sekarang dan mempunyai lagu yang paling banyak dicover.
Email
Print