Aktiviti puasa

12 September 2009

Automatik
Setelah berkemampuan menulis secara mobil, saya berasa sangat pelik mengapakah blog ini masih tidak dikemas kini sekerap yang saya mahu. Saya baru sedar yang mempunyai WordPress di iPod Touch tidak akan membuatkan blog ini terkemas kini. Sehinggalah saya sendiri yang menulis dan menerbitkan tulisan-tulisan saya.

Sesudah 4 tahun saya diekspot ke mari, kawan-kawan saya masih bertanya bagaimanakah berpuasa di sini. Seolah-olah berpuasa di sini rukunnya lain pula. Atau makan di sini melalui telinga pula.

Saya perturunkan beberapa kisah Ramadhan di Adelaide.


Berbuka di masjid

Kami serumah berbuka di masjid hampir setiap hari untuk separuh masa pertama Ramadhan. Berbuka di masjid al-Khalil mempunyai cabaran tersendiri.

Pak-pak Arab ini mungkin beranggapan kami makan banyak seperti mereka. Orang Arab sangat-sangat tidak berkira soal menjamu tetamu. Makan seorang, tapi nasi yang diceduk bagaikan makan berlapan.

Kalau berpuasa ialah menahan diri daripada lapar (antaranya), berbuka di Khalil ialah menahan diri daripada kenyang.

Bagi pelajar-pelajar seperti kami, penjimatan yang ditawarkan melalui pakej berbuka puasa di masjid setiap hari sangat lumayan. Rumah ini tidak ada aktiviti memasak serius sejak Ramadhan bermula (kecuali beberapa insiden yang akan diperincikan nanti). Bayangkan berapa banyak penjimatan telah berlaku.

Berbuka puasa di rumah
Sudah seminggu lebih saya tidak berbuka di masjid (imajin betapa giannya saya terhadap nasi minyak Arab ekstra banyak itu. Dan samosa. Samosa itu membuatkan saya eksesais mengangkat dumbell setiap pagi supaya tidak tewas tatkala merebut mereka).

Sebahagiannya kerana saya memenuhi jemputan berbuka. Sebahagian yang lebih penting lagi kerana kami serumah menganjurkan majlis berbuka puasa di rumah.

Hampir 80 orang hadir. Agaknya. Sampai saya makan nasi minyak dengan kuah kerana daging telah habis dikerjakan. Sungguh efisien kamu dalam bab pemakanan.

Macam kenduri. Dua periuk besar nasi minyak yang saya masak memang tak kelihatan selepas majlis kecuali sedikit.

Terima kasih kepada sesiapa yang datang.

Berbuka di atas rumput

Semalam, telah dianjurkan Bazar Ramadhan di Barr Smith Lawn, Adelaide University. Kelab UMNO telah menjadikan rumah ini sebagai markas masak-memasak mereka.

Saya tidak membeli apa-apa di bazar itu melainkan dua pek mee kari dan secawan bancau. Semuanya di gerai Kelab UMNO. Betapa suportifnya saya terhadap rakan-rakan seKirby saya.

Kuih tepung pelita, Ainul yang beri pada saya. Itupun saya tidak makan. Sekadar merasa di hujung-hujung sudu. Satu pek mee kari saya dan tepung pelita itu telah diculik oleh Cik Heels. Tiada berita sehingga sekarang. Adakah saya perlu menghantar wang tebusan? Ha, ini yang kita tak tahu ni.

Kami berbuka secara berkelompok-kelompok di atas rerumputan itu. Sejuk!

Sampai di rumah, komiti Kelab UMNO membahagikan hasil rampasan perang mengukur pencapaian fiskal mereka. Lebih-lebih mee kari yang sudah habis karinya itu, telah digoreng-mamakkan oleh saya, Eani dan Kimi. Fuh!

Ini mungkin praktis untuk rumah terbuka raya nanti. Oh tidak! Untuk praktis, kami akan ada satu lagi majlis nanti: Iktibar Raya 2009.

Berbuka di masjid reloaded
Petang nanti, kami akan ke masjid setelah beberapa hari tidak ke sana. Dapatkah perut kami menerima kembali nasi minyak tiga senduk itu nanti? Adakah Daud merindui kami? Sama-sama kita nantikan.

Email Email Print Print

Leave a Comment

Previous post:

Next post: