
Berita baik.
Saya ada azam tahun baru 2010. Saya mahu menulis lebih banyak di sini. Saya ada blog lain-lain. Tapi blog ini paling personal dan hanya satu antara dua yang saya tulis dengan identiti tidak terlindung. Dan tiada kaitan dengan blog lain-lain.
Putar jam (dan selak kalendar) beberapa tahun dulu, saya adalah blogger tegar. Blogger sepenuh masa. Kononnya.
Sekarang, saya cuba transfom kepada itu semula. Bukanlah saya nak sangat status itu. Cuma saya bosan bila orang mencari saya di atas talian ini, tidak ada apa sangat yang saya boleh hidang tanpa pseudonim.
Jika kamu biasa dengan blog saya yang dulu, saya akan menulis lebih kuranglah begitulah. Prosa mengarut-ngarut, buah fikiran terulung dan sesekali membodohkan ahli politik.
Jika kamu tidak biasa, jangan cemas. Kamu boleh pandu uji blog ini untuk beberapa hari untuk memastikan ia sesuai dengan tahap intelektualiti dan humor kamu.
Untuk melanggan blog ini, sila klik sini. Kamu akan dikenalkan dengan sebuah objek bernama feed reader (pembaca suapan?).
(Iklan: pembaca suapan favorit saya ialah Google Reader)
Jika kamu merasa kaget dengan apakebendanya feed reader itu, video ini mungkin membantu.
Jika tahap reseptif terhadap benda-benda baru kamu terlalu tinggi dan tahap kekagetan kamu pada pembaca suapan ini masih tinggi, kamu boleh melanggan melalui emel.
(Iklan: aplikasi emel favorit saya ialah GMail)
Isi saja borang di bawah. Goyang kaki dan setiap kali saya tulis sesuatu di sini, ia akan terus dihantar ke peti masuk emel kamu dan kebahagiaan akan datang mencurah-curah ke ladang gandum.
Kredit imej: legalnonresident
Email
Print