Balada seorang bibliofilia

3 July 2009

(yang pokai)

Musim peperiksaan sudah habis. Bagi kebanyakan pelajar di Adelaide. Esok hari terakhir peperiksaan. Bagi beberapa antara kami.

Perasan tak, bila nak periksa, selalunya kita selalu banyak perkara nak di’buat’? Tonton filem, main game. Tapi bila dah habis periksa, rasa macam tiada benda nak dibuat.

Cuma, tu bukan poin aku di sini.

Poinnya ialah:

Macam metafora yang digunakan oleh filem Spinning Gasing. Hidup macam gasing. Kalau berhenti berpusing, kita akan jatuh.

Antara perkara yang aku perasan: waktu cuti ialah waktu yang melesukan kalau tiada apa nak dibuat. Duduk di rumah tanpa matlamat hidup. Ramai yang bersetuju dengan penemuan ajaib aku ini.

Macam gasing. Yang tak berpusing. Jatuh. Diam. Mati.

Mungkin sebab itu kita tengok, orang yang hidup tanpa matlamat, macam tak mahu hidup. Orang putus harapan, memang harapannya takkan panjang. Seolah-seolah tiada benda yang ditunggu atau nak dibuat.

Sebab itu musuh utama bagi orang yang depres: masa lapang.

Masa lapang memberi ruang untuk kepala otak kau yang berjambul memikirkan perkara yang bermacam-macam. Yang, kerna tiada matlamat, selalunya banyak buruk daripada baik.

Lagi-lagi kalau kita jenis yang cepat risau. Lebih negatif daripada positif. Moral pertama dalam tulisan ini (kalau kau seorang moralis, ini untuk kau): cara nak hilangkan risau ialah sibukkan diri.

Sibuk sampai kau boleh tenggelam dalam apa yang kau buat. Tambah-tambah kalau kau buat apa yang kau minat (minat di sini tafsirannya bermacam-macam, ikut kaulah).

Mungkin kalau kau tenggelam dalam apa yang kau buat, kau boleh tenang.

Orang kata tok guru Zen adalah tok guru ketenangan. Aku tengok sikit sami-sami ni dalam Numb3rs waktu Larry mencari ketenangan di sana.

Tok-tok sami ni kalau tak bermeditasi, kerja mereka ialah menyapu. Mungkin dalam ketika dia menyapu, dia bukan saja menyapu sampah di lantai, tapi juga menyapu ‘sampah’ dalam kepala.

Atau mungkin dia saja nak sibukkan diri dan tenggelam dalam aktiviti penyapuan tu.

Tak kisahlah apa pun.

Apa kena-mengena semua ini dengan tajuk tulisan aku?

Aku rasa sekarang kerana terlalu mengasosiasikan diri aku dengan pelajar, bila tiada aktiviti ‘pelajar’ nak dibuat, rasa macam tiada benda nak dibuat. Yang buat aku rasa bosan dan tak mahu buat satu benda pun.

Ubatnya hanya satu: buku. Aku dah keluarkan semula Business Stripped Bare daripada rak aku. Aku dah baca semula sampai bab 3 dah. Tapi tiada apa yang menarik bagi bibliofilia seperti aku daripada memiliki/membaca buku baru.

Masalahnya: wa tiada ongkos beb!

Moral yang kedua untuk tulisan ini: kalau kau ada duit lebih, jom beli buku (dan derma pada aku).

Jom, esok kita ke Borders!

Kredit imej: blu blue

Email Email Print Print

{ 1 comment… read it below or add one }

tentangmira 11 November 2009 at 8:22 am

btul saye stuju ngan pndapt awak..completely agreed about it…conclusion nyer we must always have somethimg to achieved in our life

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: