Bilik yang kita suka

1 July 2010

bookshelf spectrum, revisited
Creative Commons License photo credit: chotda

Benda yang saya tak suka adalah:
1. buku-buku yang super best tapi saya belum beli
2. pemandu berkelajuan kura-kura
3. bilik yang bersepah

Penat periksa tidak habis lagi. Ditambah dengan penat kerja. Sampai di rumah, langsung tiada daya untuk mengemas.

Saya adukan perkara ini kepada pihak berwajib i.e. ibu saya.

Beliau memaklumkan bahawa kalau bilik saya ini terletak dalam lima minit pemanduan daripada bilik beliau, dengan berbesar hati beliau akan kemaskan. Selagi saya belum mampu teleportkan bilik ini ke Serting, pandai-pandailah saya menguruskannya.

Ibu saya tidak menggunakan kalimah teleport langsung dalam saranan beliau. Tetapi mafhum kata-katanya lebih kurang begitulah.

Dimaklumkan juga bahawa bilik saya di Malaya terjaga rapi dan sentiasa digunakan sebagai bilik tamu. Yang membawa erti, kadar penggunaan bilik itu oleh tetamu adalah lebih daripada saya.

Sehinggakan sepupu saya yang berumur dua tahun itu mati-mati percaya itu adalah bilik beliau. Mana tidaknya kalau sampai rumah saya saja, terus hantar beg ke bilik paling indah di alam semesta itu. Budak-budak yang kurang daya kognitif akan mudah terpedaya dengan silap mata sebegitu.

Ceritanya begini. Rumah lama saya dibunuh tahun pertama saya di sini. Tapak rumah itu ditambak supaya sedikit lebih tinggi daripada biasa supaya kecerunan optimum dapat dicapai antara rumah dan jalan besar di hadapan.

Di atas tapak itu dibina sebuah rumah baru. Yang siap… erm… saya tak ingat bila.

Dengan kuasa veto yang mereka ada, ibu dan ayah mendiami bilik paling besar. Bagi mengelakkan perang saudara, bilik-bilik kami adik beradik direka oleh arkitek handalan i.e. adik saya, dengan isipadu yang dimalarkan.

Yang durjananya, mereka mengadakan sesi pemilihan bilik tanpa menjemput saya. Maka, saya mendapat bilik paling poyo di alam semesta i.e. bilik berhadapan ruang tamu. Maksud saya, kalau ada tetamu, semua trafik keluar masuk bilik saya akan diperhatikan oleh tetamu-tetamu yang bertandang. Poyo!

Maka, bilik itu tidak pernah didiami oleh saya. Ia siap selepas saya pergi. Saya diami ia paling lama pun dua bulan. Itupun di Malaya saya selalunya mengadakan program jelajah. Kadang-kadang jumpa bilik itu hanya pada hujung minggu. Waktu-waktu lain saya melawat kawan-kawan, tolong projek dua tiga e.g. With Love Down Under yang pertama, mensampel makanan-makanan Malaya yang beraneka dan bermain Pro Evolution Soccer di Studio Mirwana.

Yang membawa erti juga bahawa bilik saya di Malaya itu tiada langsung rupa bilik saya i.e. tiada rak buku berkelebaran dua meter paling tidak.

Tiada poster-poster yang didapati daripada majalah-majalah hiburan tempatan dan antarabangsa, tiada deretan bedak-minyak rambut-perfum-deodoran, tiada LCD monitor.

Yang ada hanya beberapa bilah baju saya (yang tidak begitu banyak kerana di Malaya saya ada walk-in robe tersendiri i.e. bilik adik saya). Hanya sesikat dua buku-buku yang tidak muat bagasi. Hanya sekotak harta karun saya. Itu saja.

Hanya sebuah bilik generik yang tiada identiti.

Maka selayaknya ia diturunpangkat sebagai bilik tamu sementara saya berfoya-foya di sini.

Damn.

Menulis tentang rumah saya membuatkan saya rindu pada rumah. Pada bilik tamu yang saya pinjam tatkala saya bermaharajalela di Malaya. Pada famili, ayah, ibu, adik, adik dan adik (yang dipanggil abang) dan kucing saya.

Pihak berwajib satu lagi i.e. Cik Heels, berada di luar kawasan liputan. Jika tidak, pasti saya sudah kerah beliau untuk kemas bilik ini.

Doakan dalam usaha saya mengemas bilik ini, susunan perabot takkan berubah lagi. Ini lagi satu perangai pelik saya.

Email Email Print Print

{ 4 comments… read them below or add one }

munir 1 July 2010 at 7:21 pm

cari bini. pastu kemas bilik. wohooooooooooooo.

Reply

Book 3 July 2010 at 1:27 pm

Itu kau la. Carik bini. Aku cerita pasal bilik. Tak masuk langsung pasal bini.

Reply

Siti 17 July 2010 at 1:43 pm

along,,akak pn dok bilik along la bila balik serting!!!

Reply

Book 17 July 2010 at 3:37 pm

Tau tu. Nanti tunggu la invois sampai ye.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: