Jarang saya pos video klip lagu.
Ini adalah lagu tema saya sekarang. Konon-konon macam ada kaitan la lagu ini dengan saya dan bagaimana lagu ini menceritakan perihal gelojak jiwa dan perasaan saya yang membuku.
Ceh! Ayat tipikal.
Malas nak pos versi video klip. Sebab ada cebis-cebis klip daripada filem.

Tak pernah sesaat daku meragui
Apa yang telah daku temui
Selama ini
Tak pernah sesaat daku menyesali
Apa yang telah aku nikmati
Apa kualami
Selagi hayat di kandung badan
Takkan ku menyerah kalah
Walau mimpi ku musnah
Harapan ku hancur
Sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya
Seperti pelita ke serata dunia
Yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas
Yang terakhir
Tak pernah sesaat ku mencurigai
Apa yg telah aku kecapi
Setakat ini
Tiba saatnya kan ku tangisi
Pada yang pergi, takkan kembali
Kembali lagi
Selagi jasadku belum terkubur
Selagi tubuhku, belum ditimpa uzur
Pantang datuk nenek moyangku
Berundur!
Lirik: Loque
Lagu: Loque
A.P.I. ialah: Noh Hujan, Azlan Typewriter, Din Estranged, Imran One Buck Short, AJ Pop Shuvit & Loque Butterfingers.
Email
Print