bukhariramli pergi NCG v2.0

29 July 2009

Ya, Tora datang lagi dengan sambungan kepada episod lalu.

Hari pertama

Flight kami pukul 8.45 pagi. Hampir suku daripada kenderaan bersaya itu dipenuhi dengan kontinjen SA yang nak ke NCG. Kami ugut Naqib untuk hantar kami ke airport, pagi itu.


Naqib yang gembira kerana gambar beliau diambil

Sampai di Sydney, baru saya sedar berapa besar rombongan kami ini. Kata kunci: Besar! Nak menunggu semuanya selesai ambil beg sekian. Nak memberi taklimat bagaimana nak ke penginapan sekian. Daripada airport, kami menaiki teksi ke apartmen kami.

Secara kolektifnya, menaiki teksi memang mahal. Cuma, kalau dibahagikan, lebih murah daripada menaiki kereta api. Ini mengikut kira-kira yang diberi oleh penganjur. Kalau mereka kelentong, saya pun kelentong juga.


Omak dan Zul yang gembira kerana berjaya menemui bagasi mereka


3 ekor raksasa yang gembira kerana teksi sudah tiba


Pakcik teksi pasti gembira melihat angka ajaib ini

Sampai saja di apartmen, Yamud menyambut saya dengan cerita yang menyayat hati. Ada peserta SA yang telefon pukul 3 pagi tadi minta untuk check-in apartmen dan meminta itu ini.

Dalam dunia ini, ada manusia yang merasakan bahawa kalau dia dah bayar yuran pendaftaran, dunia ini mereka yang punya dan penganjur perlu melayan mereka semacam raja. Seperti yang saya kata sebelum ini, kita memang punya hak, tapi kita juga punya tanggungjawab. Hak tidak datang secara percuma tanpa balasan. Newton kata untuk setiap daya, ada satu daya yang setimpal datang daripada arah berlawanan.

Kita lupakan cerita ini dahulu. Kerana ia akan ada sambungan nanti.

Proses memeriksa masuk (check in?) agak mengambil masa kerana peserta yang sangat ramai. Setelah segala proses selesai, kami naik ke bilik tanpa berlengah lagi.


OG yang gembira dengan apartmen rasmi NCG


Saya juga gembira kerana tidur mengadap Darling Harbour

Selesai upacara meletak beg dan mengusutkan katil, kami keluar menunaikan tuntutan perut kami. Soalan: di manakah tempat makan terdekat dengan apartment ini?

Jawapan: bermacam-macam. Tapi kebanyakan kami sepakat memilih KFC. Mungkin kami terlupa yang perang belum habis lagi.


Kami yang gembira kerana dapat makan KFC. Macam gayat

Sudah kenyang, suka hati! Kami pulang ke bilik. Ada juga yang meneruskan penerokaan bandar Sydney.

Lebih kurang pukul 5 petang kami berjalan kaki beramai-ramai ke UTS. Untuk upacara taklimat dan malam pembukaan NCG. Di sini, saya berjumpa kawan-kawan yang sudah lama tidak ketemu. Sempat juga saya berbual bersama pegawai MSD, MARA dan JPA.

Flop Poppy membuat persembahan previu untuk With Love DOwn Under Charity Gig. Walaupun sistem audio tidak memuaskan, semua audiens turut sama menyanyi. Jadi, Andy tidak perlu menyanyi banyak.

Kamu fikir semua ini sudah habis?

Ya, bagi kebanyakan kamu. Tidak, bagi saya.

Saya perlu menghadirkan diri ke miting pra-AGM MASCA National. Tiada apa sangat yang berlaku. Cuma, kami cuba berbincang lebih kurang apa yang akan berlaku AGM esoknya.

Antara buah butir perbincangan kami ialah ini: putar jam (atau kalendar, kalau kamu mahu mudah) 4-5 tahun ke belakang. NCG adalah sebuah acara sukan biasa. Yang simpel.

Tiba-tiba, ada sebuh negeri yang terlbih glukos agaknya, menambah beberapa aksesori seperti Malaysia Night. Kalau fikir pendek, semua ini bagus. Kan?

Kalau fikir panjang, ini yang berlaku: lepas satu, satu lagi aksesori ditambah. Akhirnya intenari NCG penuh dengan segala keranggian yang ada. Yang memeningkan kepala penganjur untuk menyiapkan. Yang memeningkan kepala peserta untuk membayar.

Yang menjadi masalah ialah, selepas ini apa pula? Setiap negeri, kerana ego atau apa, akan cuba menambah aksesori dan setiap kali itulah NCG akan menjadi lebih gren. Soalannya: di manakah hadnya? Atau MASCA negeri akan mati memikul NCG yang sudah mencapai tahap raksasa nanti.

Soalan lagi: kalau kamu menjadi penganjur, sanggupkah kamu menurun-pangkatkan NCG anjuran kamu demi kesejahteraan penganjur-penganjur akan datang? Atau kamu pun terlalu ego untuk semua ini?

OK. Habis semua ini, baru saya boleh tidur. Menghadap Darling Harbour.

Email Email Print Print

Leave a Comment

Previous post:

Next post: