bukhariramli pergi NCG

21 July 2009

Saya ada blog. Dalam berpuluh-puluh blog yang saya ada, jarang sekali saya menceritakan perihal hidup saya seharian.

Hal ini mengundang panggilan telefon daripada rakan-rakan atau famili yang sayangkan saya: ‘Kau hidup lagi tak labu? Kau buat apa kat sana?’

Ini saya mahu beritahu, minggu lepas, saya ke Sydney.

MASCA dan NCG

Setiap negeri di Australia ini (kecuali NT), ada sebuah organisasi pelik bernama MASCA. Nama penuh beliau, Malaysian Students’ Council of Australia.

MASCA-MASCA yang bertujuh (dan abang mereka, MASCA National) ini telah berkomplot untuk mempunyai satu acara tahunan yang mengumpulkan semua pelajar Malaysia di Australia ini. Secara teorinya, mudah. Praktikalnya, hanya dapat sekitar 500 orang.

Acara tahunan ini dinamakan National Conference and Games (NCG). Gamesnya lebih. Conferencenya hanya disertai oleh komiti-komiti MASCA.

Konferens

Kita cerita tentang konferens ini dahulu. Konferens ini menjadi tempat untuk MASCA-MASCA yang bertujuh ini berjumpa dan bersuai kenal. Di sini juga mereka memilih kepala yang bakal menerajui MASCA National untuk penggal akan datang.

Kamu mungkin tak ambil kisah tentang ini semua. Ini semua politik, kata kamu. Tapi, seperti juga politik di Malaya, semua ini akan memberi kesan kepada kamu. Paling tidak, sedikit.

MASCA National adalah makhluk yang bertanggungjawab memperkenal Testimonial Australia dan MASCA Alumni. Saya mungkin akan bercerita tentang dua perkara ini lain kali.

Dua perkara ini adalah sangat bagus untuk pelajar Malaya di Australia terutamanya. Jadi, sangat penting untuk memastikan kelangsungan perkara-perkara ini. Caranya? Memastikan kepala-kepala MASCA National yang baru nanti boleh diharap untuk meneruskan kerja-kerja ini.

Kalau kamu tak faham betapa pentingnya kelangsungan sebegini, cuba jawab soalan ini: ke mana hilangnya Islam Hadhari?

Kita ucapkan tahniah pada komiti MASCA National sekarang yang dikepalai oleh Junda. Mereka telah meneruskan perkara-perkara baik yang dimulakan oleh komiti terdahulu. Percayalah, dua tahun lepas, MASCA National seumpama tidak wujud di galaksi ini (tak tahulah kalau di galaksi lain). Sekarang mereka telah memberi impak positif kepada kita semua.

Komiti MASCA National yang baru (yang masih belum efektif) telah dipilih sewaktu konferens itu. Dua pengerusi MASCA negeri (Queensland dan Victoria) telah diupgred ke MASCA National. Harapnya penambahbaikan ini akan berterusan.

Games

NCG adalah tentang sukan. Tahun ini SA menghantar atlet yang agak ramai. Tahun lepas kami tidak hantar wakil kerana kami lebih suka ambil peperiksaan berbanding bermain untuk NCG.

Tim SA kebanyakannya bermain untuk suka-suka. Memang kami tidak menang banyak, tapi kami bahagia. Dengar cerita, ada atlet yang sudah mula praktis untuk NCG tahun depan.

Saya sangat-sangat mahu melihat setiap ahli kontinjen SA berbahagia semasa NCG. Setiap hari NCG, kerja saya adalah memastikan setiap daripada kami mendapatkan makanan. Sesuatu yang pelik berlaku tentang pengedaran makanan ini. Antaranya makanan lambat sampai, tidak sampai dan basi.

Hari pertama NCG, SA adalah negeri pertama yang mendapat makanan secukupnya. Sewaktu saya meninggalkan gelanggang bola sepak, masih ramai lagi kontinjen negeri lain yang belum makan. Waktu itu sudah pukul 3 petang.

Terima kasih kepada krew-krew NCG yang berhempas pulas cuba menyelesaikan setiap masalah yang timbul. Untuk acara skel besar seperti ini, tambah-tambah pula sekadar bergantung kepada tugas sukarelawan, sangat banyak perkara boleh silap.

Setiap peserta ada hak untuk mendapatkan yang terbaik. Tapi, setiap daripada kita juga punyai tanggungjawab untuk faham kepayahan menganjurkan acara sebesar ini. Kalau kita boleh seimbangkan antara dua ini, memang mantop! Saya rasa penganjur sendiri tahu di mana silap dan salah mereka.

Tengok, saya merapu! Saya tak cerita pun perjalanan saya. Takpe. Jumpa di episod dua. Nanti.

Email Email Print Print

Leave a Comment

Previous post:

Next post: