
1.
Kawan saya disaman. Hal ini menimbulkan kekagetan berpanjangan kepada rakan-rakan yang lain.
Saya beritahu mereka sesuatu.
Pandulah seberapa laju yang kamu mahu. Tetapi apabila menghampiri satu tiang yang dinamakan speed cam, maka perlahankanlah tunggangan kamu itu.
Seperti biasa, soalan berbunyi ‘Speed cam tu kat mana?’ akan kedengaran.
Saya membentangkan sebuah presentasi Power Point berjudul lokasi-lokasi speed cam sekitar Adelaide.
Saya menyatakan lokasi-lokasi tersebut berdasarkan memori. Ya, saya ada sikit-sikit memori fotografik. Mungkin sebab itu saya tidak mempunyai kamera digital.
Seorang mamat mencelah: ‘Kau tulis semua ni lepas tu kau jual kat member-member. Boleh buat duit beb.’
Ya tak ya juga.
2.
Kawan saya baru tiba. Hal ini menimbulkan persoalan berpanjangan tentang tatacara hidup di sini.
Sewa rumah bagaimana. Beli kereta bagaimana (dan ya, speed cam di mana). Mana nak dicari barang-barang murah. Sayuran yang berkali ganda murah berbanding CM. Bengkel kereta mana yang repair kereta dengan harga seumpama sebiji kuih. Hari apa dalam suratkhabar banyak iklan rumah sewa, iklan kereta.
Macam-macam lagilah. Kalau dilayan, sampai ke sudah tak habis.
Seorang mamat mencelah: ‘Kau tulis semua ni lepas tu kau jual kat budak-budak yang nak datang sini. Info mantap ni beb.’
Ya tak ya juga.
3.
Saya pernah tulis satu panduan untuk pelajar baru tiba kurang lebih dua tahun lepas. Info simpel ja.
Kalau ada permintaan untuk info yang lebih komprehensif, nanti saya tulislah. Saya terfikir dah lama. Cuma malas.
Buat masa sekarang kalau kamu Google ‘Malaysian student guide to Adelaide‘, tiada apa sangat. Senang cerita, tiada guna langsung.
Imej:
On the road manuscript
Email
Print
{ 2 comments… read them below or add one }
ohhh disini rupanya blog baru. Saya dah khatam. Saya nak link web ini di bluehikari.
Aiyak! Sudah dijumpai pula.
Linklah. Terima kasih.