dis.Cushion 2 yang kita suka

5 June 2010

2 : :rage:
Creative Commons License photo credit: Amy McTigue

Tadi baru selesai dis.Cushion yang kedua.

discushion?

Saya patut terangkan dari mana datang nama dis.Cushion. Secara ringkas, discushion adalah nama kod yang saya letak di dalam ruang subject untuk pertukaran emel antara saya dan Dima.

Tertulis di situ ‘discushion – sebuah diskusi yang selesa’. Konon-kononnya kami sedang berwacana isu-isu yang hangat masa kini tapi dalam suasana santai.

Dima pernah menulis sesuatu untuk satu penerbitan yang akan dilancarkan kembali tu. Korespoden kami adalah susulan daripada itu.

Jadi, ya. Kusyen = selesa. Diskusi + kusyen = diskusi yang selesa = dis.Cushion.

Suka

dis.Cushion dah masuk usia sebulan. Siri yang kedua menyaksikan lebih penyertaan audiens. Topik yang dibicarakan pun lebih menarik. Kononnya.

Audiens sedikit sebanyak sudah memahami tabiat dis.Cushion.

Tidak

Saya mungkin menaruh harapan terlalu tinggi pada beliau. dis.Cushion tidak mampu menampung beban itu dalam usia sebulan jagung.

Saya punya slot pun entah apa-apa. Cakap merapu-rapu.

Huh.

Jadi, saya kecewa sendiri.

Komen

Kalau kamu datang dis.Cushion dan ada pendapat yang mahu diberi, sila ke sini dan luahkan perasaan kamu.

Email Email Print Print

Leave a Comment

Previous post:

Next post: