Dua tiga (ke empat lima?) tahun lepas, waktu saya rajin berblog, saya jumpa ramai orang melalui blog itu. Ada yang sekadar ziarah menziarah blog, ada yang betul-betul jumpa (selalunya di Rumah Pena).
Ramai kawan, banyak juga pengalaman.
Biasalah, masa tu saya budak-budak lagi (eh, sekarang pun apa). Jadi, hidup hari-hari kawan dengan budak-budak. Apabila sesekali berbual dengan orang yang tidak budak-budak, terbuka juga kepala otak berjambul saya ni.
Setelah saya malas berblog dan mula menulis untuk benda-benda lain dan saya komakan blog lama saya, ada kawan-kawan yang terputus hubungan.
Tetapi.
Sesekali saya menjengah, masih ada yang ingat pada saya.
Apa poin saya kali ini?
Poinnya ialah antara banyak-banyak tujuan saya menulis, salah satunya ialah untuk bertukar-tukar fikir dan berkenal-kenal dengan lebih ramai orang.
Itu juga antara sebab mengapa saya join macam-macam – MASCA SA, UMNO SA, LSS (hidup lagi ke?), With Love Down Under, UnMalaysia etc – tapi itu cerita lain.
Blog ini tidak ramai pengunjung. Pada hari yang bagus, paling tinggi boleh dapat lebih kurang enam puluh pengunjung sehari sahaja.
Cuma, selain daripada beberapa orang yang saya kenal, ramai yang saya tidak kenal. Saya pun tidak kenalkan diri saya sangat di sini.
Saya ada di Facebook. Kalau kamu mahu add, silakan. Beritahu siapa kamu. Kalau saya tak tahu, saya tak sahkan. Saya jarang buang luang masa di Facebook.
Saya ada di Twitter juga. Di sana, saya selalu ada. Kalau kamu belum terjebak ke kancah Twitter, saya nasihatkan kamu cuba dulu. Ia simpel dan menarik. Saya jumpa sangat ramai orang yang cool dan menarik (dan sentiasa ada projek-projek menarik) di sana yang saya takkan jumpa tanpa Twitter.
Contoh, saya follow @juanajaafar. Beliau menyertai konvoi Viva Palestina beberapa ketika dulu dan sentiasa tweet perkembangan konvoi setiap hari.
Kalau kamu ada cerita/projek menarik, sila tegur saya di @bukhariramli.
Kalau kamu cuba jual produk MLM, nanti saya bunuh kamu. Saya janji.
Tak perlu promot cara-cara mencari duit cara mudah di internet melaui twitter, facebook etc. Semua itu tahi lembu. Saya akan lempar tahi lembu (berbalut plastik) ke rumah kamu. Saya janji.
Tak perlu juga promot cara-cara mencari duit cara yang betul di internet. Semua itu mungkin betul. Tapi, saya tak perlukan ia. Marketing, SEO dan model bisnes atas talian bukan benda yang boleh dipelajari sekelip mata.
—
Hai, saya Book!
Kamu?
Imej:
Urban Vinyl: First Shoot
Email
Print