Ini cubaan betul-betul

27 February 2010

Kalau kamu perasan, blog saya yang satu lagi tenggelam timbul.

Begini. Beberapa ketika selepas saya menghidupkan beliau, beliau meragam. Pos-pos baru tidak keluar. Sudah beberapa ketika baru saya perasan. Itupun waktu dalam proses integrasi nasional dengan blog ini.

Saya bunuh beliau.

Dan saya hidupkan beliau semula.

Mula-mula saya ingat beliau sudah sembuh. Rupanya tidak. Setelah lama menjalankan pembedahan ke atas beliau, saya berputus asa.

Pelik sungguh. Sebanyak-banyak website saya buat, blog personal sendiri juga yang paling banyak meragam. Nasib baik blog yang ini tidak banyak perangai.

Bengang pun ada. Betullah kata orang, orang yang kita sayang tu la yang paling susah nak disayang. Atau dalam kes saya ini, blog saya sendiri.

Jangan tanya saya website lain apa yang saya buat. Selain website MASCA SA dan UMNO SA (yang saya hidupkan dan dimenten oleh pihak berkuasa tempatan) saya tak mahu tunjuk. Paling tidak, bukan sekarang.

Bukan porn, sumpah! Nakal sungguh kamu.

Kalau kamu nak saya buat website untuk kamu, pihak terakhir yang menggunakan khidmat saya membayar saya AUD300. Kos itu termasuk software & database setup (cuba teka sofwer favorit saya), theme customisation (cuba teka theme favorit saya), beberapa page, sedikit copywriting yang teramat simpel, beberapa kali updet dan beberapa permintaan jahanam.

Itupun setelah diskaun. Itupun dibayar lambat. Itupun dibayar tak habis lagi. Haram jadah sungguh.

Sekian bebelan saya.

Moral:
1. Blog sendiri manja. Suka nak sakit.
2. Pelanggan tak selalunya betul. Lagi banyak cakap, lagi takda apa.
3. Sebab itu saya suka nak buat semua ini untuk diri sendiri. Saya boleh tulis, customise dan code sesuka saya.

Email Email Print Print

Leave a Comment

Previous post:

Next post: