Ironi

22 March 2010

Beauty you cannot hide
Creative Commons License photo credit: maistora

Benda yang paling saya tak suka bila buka sesuatu blog/website ialah tulisan tentang betapa lamanya penulis blog/website itu tidak mengemaskini blog/website beliau.

Sudahlah blog/website jarang dikemaskini. Apabila sudah ditulis pula, yang ada hanyalah tulisan tentang betapa bosannya hidup beliau dan/atau betapa sibuknya beliau sehingga tiada masa untuk menulis dan/atau betapa berkumpulnya idea tetapi terlahir seekor raksasa bernama paralisis analisis.

Berjumpa dengan tulisan-tulisan seperti ini membuatkan saya rasa mahu menghantukkan lutut penulis tersebut ke bucu yang paling tajam antara empat buju-buju meja saya ini (makluman: tidak termasuk bucu-bucu yang wujud hanya tatkala meja ini diterlangkupkan). Belum saya ketahui bucu mana paling tajam, tapi saya berjanji saya sanggup melakukan eksperimen untuk tujuan itu.

Jika kamu jarang mengemaskini blog, saya maafkan kamu.

Cuma, apabila sudah sampai seru, teruslah menulis. Tak perlu dimulai dengan ‘oi… aqew dah lamer giler babi hutan rimber tak dapat blog ni… sbb aqew bz giler… bese ar loser cam aqew ni… sajer2 nak wt sbok… klu x, kntoi ar aqew ni loser’.

Kalau baru-baru ini kamu ada tulis seperti di atas, jangan terasa. Saya tak mengata kamu.

Ini semua hanya fiksyen. Saya dah lama tak jumpa blog/website sebegini. Sebagai seorang yang menjaga kesihatan, saya mengambil sikap tidak bertoleransi terhadap pembuangan masa membaca blog/website tidak berfaedah.

Yang membawa saya kepada soalan bonus: apa yang kamu buat di sini?

Email Email Print Print

{ 2 comments… read them below or add one }

chika best 23 March 2010 at 12:39 am

pilihan jawapan berformat mcq
a) saya sedang mencari sotong goreng tepung di sini
b) saya sedang mencari resipi sweet cili ciken di sini
c) saya rasa macam nak makan cendol (ceenddolll???)
d) saya fikir macam nak makan pau kaya (paaauuu??!!)

Reply

Book 23 March 2010 at 8:14 am

Apa benda kau merepek ni? Kau tengah mengunyah ke tu?

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: