
photo credit: Storm Crypt
Kalau kamu tinggal dalam gua, hari ni ada Earth Hour.
Saya pun bodoh. Kalau kamu tinggal dalam gua, sudah tentu kamu tak baca tulisan saya ini.
Bodoh sedikit
Ada yang menanggap bahawa Earth Hour adalah usaha yang bodoh dan sia-sia. Atas beberapa sebab:
1. tutup lampu sekadar sejam setahun sekali, apa faedahnya?
2. tutup lampu sekadar sejam setahun sekali, tapi pandu kereta pergi lepak-lepak konon sambut Earth Hour dengan kawan-kawan. Pandu kereta = guna tenaga.
3. tutup lampu sekadar sejam setahun sekali, tapi aircond tak tutup, tivi terpasang, komputer terbiar.
Saya bersetuju dengan kesemua di atas (dan argumen lain yang tidak tercatatkan).
Saya juga manusia yang positif. Earth Hour, bagi saya, paling tidak mengurangkan penggunaan tenaga. Saya malas mahu mencari statistik.
Tapi kalau ada beribu-ribu orang dalam satu bandar tutup lampu untuk (walaupun sekadar) sejam, didarab dengan berbandar-bandar, didarab dengan bernegeri-negeri, didarab dengan bernegara-negara, hasilnya mungkin agak mengagumkan.
Itu adalah penjimatan tenaga yang tidak berlaku jika Earth Hour tidak berkempen. Tenaga yang terbuang.
Itu pendapat sayalah.
Bodoh yang sedikit lebih
Cuma, menganjurkan sambutan Earth Hour, pergi sambut ramai-ramai, panggil VIP, buat di hotel terkemuka, masak macam-macam itu memang bodoh la kan. Lebih kurang bodoh macam kamu beli Toyota Prius dan pandu macam orang gila = membakar lebih minyak berbanding kalau kamu pandu BMW M3.
Bodoh, memang bodoh.
—
Bodoh paling agung
Kebodohan agung pada hari ini ialah, dalam usaha menunjukkan yang beliau lebih Islam berbanding insan lain, ada beberapa orang yang memetik ayat Quran dan merumuskan bahawa kegelapan datang bersamanya dengan kejahatan dan maksiat.
Ini adalah contoh manusia yang berusaha keras menunjukkan keultraan Islam mereka lantas membuat keputusan ultra bodoh.
Lebih kurang macam golongan ultra lain yang ingin menunjukkan keperkasaan keultraan mereka hari ni.
Atau pengkritik yang kata Wikipedia tidak boleh dipakai kerana ia boleh diedit sesuka hati. Siapa suruh kau percaya bulat-bulat, gondol? Pergi la rujuk dengan sumber-sumber yang lain. Bagi saya, Wikipedia memudahkan capaian maklumat. Apa yang pembaca nak buat dengan maklumat tu (percaya bodoh-bodoh, cuma background reading, guna untuk tulis tesis doktorat) terpulang kepada diri masing-masing.
Siapa pula suruh kau buat maksiat dalam gelap-gelap tu, dodol? Aku suruh kau padam lampu supaya janakuasa letrik tak perlu bekerja untuk lampu kau barang sekejap. Apa yang kau nak buat dalam gelap tu lantak kau la. Main bayang-bayang, menulis lagu cinta atau makan maggi, suka hati kau la.
Golongan ini patut dihantuk kepala lututnya ke bucu meja yang tajam. 27 kali mungkin memadai.
Poin saya ialah…
Semua benda yang ada tu, terpulanglah pada kamu macam mana kamu nak ambil.
Memang Earth Hour tu sekadar tutup lampu sejam. Sebab ia sejam dan sekadar tutup lampu tu kempennya tersebar. Ia memang tak fokus pada kongsi kereta, tutup aircond atau beli kereta hibrid.
Dan tak pula Wikipedia suruh kamu membodohkan diri dan Earth Hour pun tak suruh kamu buat jahat dalam gelap.
Masing-masing ada otak…
Email
Print
{ 4 comments… read them below or add one }
setuju dengan point bodoh yang banyak sedikit dan bodoh paling agung.
pada pendapat saya:
earth hour bukan untuk disambut. tetapi untuk dilaksanakan. kemudian, tujuannya bukan untuk menjimatkan tenaga pada satu-satu masa saja. sebaliknya untuk mendidik warga dunia menjimatkan tenaga pada tiap-tiap masa. semoga dengan tindakan sekecil earth hour ini dapat mengubah mentaliti kita tentang penjimatan tenaga
Yup. Earth Hour mungkin nak tunjuk betapa mudah untuk jimatkan tenaga: Tutup lampu kalau tak guna.
Yang sokong Earth Hour membabibuta sampai tutup lampu waktu nak guna tu pun kira bodoh jugak.
Gitulah.
apa guna ada akal kalau tak guna, kan?
gitulah jugak.
aku ske lontaran points of view ko..hehe..=)