Kenapa aku guna Twitter

4 July 2009

(atau kenapa aku lebih suka Twitter berbanding Facebook)

Twitter tu apa benda?
Kalau kau tinggal dalam gua, Twitter ialah platform blogging mikro. Berapa mikro? 140 patah kata setiap pos.

Kalau kau sedikit geek, Twitter dibina dengan Ruby (sebuah programming language berasal daripada, surprise suprise, Jepun).

Apa yang kau buat?
Ini soalan yang Twitter tanya masa kau nak Tweet (maksud: hantar updet di Twitter). Jangan ambil soalan ini secara buta tuli. Tiada siapa mahu baca tentang kau masuk toilet, berak, flush, keluar toilet etc i.e. naratif hidup kau setiap waktu. Jangan.

Habis tu?
Soalan yang patut kau jawab ialah: apa yang kau sedang fikir sekarang. Atau: apa benda bombastik yang kau mahu kongsi hari ini?

Sebenarnya…
Cara kau menggunakan Twitter bergantung sangat banyak kepada kenapa kau mahu guna Twitter. Tiada cara yang betul dan salah.

Oh, sebenarnya ada. Tapi salah dan betulnya hanya boleh ditentukan secara relatif dengan matlamat kau guna Twitter. Aku tak boleh kata cara kau salah semata-semata sebab aku bandingkan dengan matlamat aku, mungkin cara kau betul untuk apa yang kau mahu.

Yang membawa kepada…

Kenapa aku guna Twitter?


1. Updet dengan ‘dunia’ aku. Bergantung kepada tafsiran kau tentang dunia. Dan aku ada beberapa dunia. Salah satunya: Thesis theme for wordpress. Ini layout WordPress paling hebat di alam semesta (tak tahulah kalau di Neptune ada lagi yang lebih hebat).

Jadi, aku follow (term yang Twitter guna untuk kau dapat updet seseorang) Chris Pearson. Sebab mamat ni adalah tokey Thesis. Sesekali dia akan kongsikan tips tentang pembinaan website. Atau benda lain.

Itu baru satu dunia.

Kalau nak updet dengan berita di Malaya, aku follow StarOnline.

Kalau nak updet dengan Zen Habits, aku follow Leo.

Jadi, kadang-kadang, aku tak perlu tengok Google Reader aku. Sebab blogger yang aku follow akan beritahu bila mereka sudah updet blog (selain daripada kongsi apa yang mereka baca dan fikir). Beberapa blogger yang aku follow: Brian Clark, Jonathan Mead dan Marina Mahathir.

2. Mencari sesuatu untuk dibaca. Semua orang tahu, aku gila membaca. Masalah: kadang-kadang aku menghabiskan banyak masa untuk mencari apa nak dibaca.

Solusi: follow Tweeple (maksud: Twitter people, orang dalam Twitterverse (maksud: Twitter universe)) yang boleh tunjukkan aku pada benda untuk aku baca.

Kualiti bacaan bergantung kepada kualiti Tweeple yang kita follow. Lebih kurang macam orang kata, kawan dengan tukang besi, jadi hitam, kawan dengan orang kerja jual minyak wangi, jadi wangi.

Jadi, pandai-pandai jugalah memilih makhluk untuk difollow.

3. Merangsang sel otak. Memfollow Tweeple yang hebat-hebat bagaikan menjemput mereka makan bersama setiap malam di rumah. Lepas makan, kita akan berbual dan mereka akan berkongsi pendapat, ilmu atau idea.

Sesekali, idea yang aku dapat, mungkin boleh menerajang kepala otak aku supaya berfikir dan menganalisis.

Cuma, dengan Twitter, aku tak perlu masak dan keluar duit untuk sediakan makanan. Dan aku tak perlu tunggu malam untuk sesi bertukar-tukar idea tu.

Apa kena-mengenanya dengan Facebook?

Kalau kau perasan, aku dah kurang luangkan masa di Facebook. Sebab: Facebook dah semak dengan sampah. Secara jujurnya, perlu ke kau tahu bahagian nasi lemak mana yang sesuai dengan karakter kau?

Twitter, walaupun ada semak dan sampah, lebih mudah diurus dan ditebas. Kalau merepek sangat (dan tak kena dengan apa yang aku mahu), aku unfollow. Setel!

Balik kepada cerita tentang matlamat tadi…
Setiap orang punya matlamat berlainan. Aku cuma kongsi bagaimana aku manfaatkan Twitter ini.

Aku tak paksa pun kau ikut cara aku. Dan aku tak kata pun cara kau salah.

Setiap cara tu bergantung pada matlamat masing-masing. Kalau kau memang guna Twitter macam shoutbox, mungkin itu yang kau mahu. Betullah tu.

Cuma, aku takkan follow kau. Sebab tak kena dengan apa yang kau mahu.

Sebab aku cuma akan follow kau kalau kau jawab: apa benda bombastik yang kau boleh kongsi dengan aku?

Simpel kan?

Oh, sebelum aku lupa, kalau kau suka, kau boleh follow aku – bukhariramli. Tiada apa yang menarik sangat pun. Setakat ini aku lebih suka memfollow daripada difollow (tapi aku pelik kenapa aku ada ramai follower).

Tulisan ini boleh disebar untuk kebaikan manusia sejagat

Kredit imej: Matt Hamm

Email Email Print Print

Leave a Comment

Previous post:

Next post: