Apakah perasaan kamu jika baru saja melakukan kesilapan terbesar di alam semesta?
Saya baru saja mengalami perasaan itu siang tadi (secara teknikalnya, semalam, sebab saya tulis ini sesudah Cinderella bergegas pulang). Mujur sangat-sangat saya terselamat daripada terus-menerus melakukan kesilapan dan sempat bertaubat sebelum langkah seterusnya diambil.
Saya masuk ke kedai buku tadi. O oh.
Tak sampai sepuluh meter, dah beberapa buku dah saya tanda untuk dibeli. Nasib baik saya boleh tulis nama-nama buku tersebut di iPod. Jika tidak, sudah pasti saya perlu kencing buku-buku tersebut dalam usaha menanda mereka.
Richard Branson kembali dengan buku baru. Saya terselamat kerana ia tentang industri aviasi, belon udara dan hero-hero terbang beliau. Pass!
Dan Arielly memanggil saya dengan The Upside of Irrationality. Saya belum baca Predictably Irrational, buku terakhir beliau. Tapi saya lebih kurang dah tahu apa isi kandungnya. Jadi tak perlu beli itu. Yang terbaru ini… huh, nantilah.
Selamat.
Malcolm Gladwell muncul dengan What The Dog Saw. Saya belum pernah baca buku ini. Tapi, isi kandungnya sudah saya khatam. Ia adalah kumpulan tulisan-tulisan beliau yang tersiar di New Yorker. Secara naturalnya, saya dah baca semuanya. Yang baru hanyalah prakata.
Saya baca prakata tersebut yang menceritakan mengapa Malcolm menulis, bagaimana beliau mendapat idea dan bagaimana buku itu disusun.
Maka, khatamlah!
Selamat.
Di ruang Penguin Books, saya diterjah oleh Kafka dan Edgar Allan Poe. Penguin Books terkenal dengan buku murah-murah. Ia dimulakan oleh Sir Allen Lane yang merasakan buku-buku bagus begitu mahal. Lalu beliau menerbitkan buku-buku ini dengan harga murah. Dengan muka depan yang generik dan serupa.
Saya buat-buat tak tahu. Boo!
Ada buku Nick Hornby terselit di ruang sale. Beli tiga buku dengan harga dua buku. Menarik tak? Tapi saya tabahkan hati.
Nick Hornby, macam kenal (penulis About a Boy yang diadaptasi ke filem lakonan Hugh Grant. Patut la).
Semua ini berlaku sebelum saya sampai ke tingkat atas, ke ruang kegemaran saya.
Bukan, bukan ruang buku masakan, walaupun saya suka bertandang ke sana.
Saya terjumpa buku bertajuk Collapse di tingkat atas. Sekali lagi, macam pernah kenal. Oh, saya pernah baca. Bukan buku itu la. Tapi tentang buku itu. Di sini. Ya, Gladwell lagi.
Saya capai satu buku lantas duduk di atas lantai dan baca. Baca. Baca.
Sebelum sempat habis, saya perlu berangkat kerana ada perkara perlu dikejar. Kejar = terselamat daripada membeli buku.
Saya berazam untuk ke kedai buku itu nanti. Nak habiskan bacaan saya. Harapnya selamatlah poket saya sekali lagi.
Hasil hari ini: saya tambah lima buku ke dalam wishlist saya.
Soalan kerja rumah: buku apakah yang saya capai dan baca?
Email
Print

{ 3 comments… read them below or add one }
Oh, takde lah besar kesilapan kamu ini… Judul agak gempak aje.
Besar tu bro. Kalau terbeli tadi, mau makan pasir nanti. :-”
kagum2..kamu sgt2 kagum haha