Kirby Tiada Lagi

8 August 2009

Kenyataan media untuk sebaran segera.

Kirbyans bakal menjadi non-Kirbyans tidak lama lagi.

Begini.

Tuan rumah mahu menjual rumah ini. Seperti makhluk-makhluk lain yang ingin menjual sesuatu, beliau akan menampakkan betapa indah dan cantiknya rumah ini untuk memberi gambaran bahawa membeli rumah ini adalah keputusan paling bijak di alam semesta.

Proses mengindah dan mencantikkan rumah ini semacam mengganggu privasi kami. Rumah ini akan dicat. Kabinet di bilik akan diganti. Siling akan dicat. Lebuhraya menghubungkan bilik saya dan ruang tamu akan dicat.

Dengan pekerja-pekerja keluar masuk dan bau cat mengapung-apung di atmosfera Kirby, bagaimana kami mahu belajar bersungguh-sungguh (kerana kami tidak membuang masa melakukan perkara sia-sia. Bermain CS, misalnya)?

Kami tahu sesebuah rumah lebih mudah dijual kalau tidak berpenghuni. Kerana kami berhati mulia, kami mengambil keputusan untuk pindah untuk memberi kebahagiaan ekstra kepada tuan rumah kami.

Beliau tersangat gembira. Siap mahu menolong kami pindah dan… dan… dengan bangganya menginfakkan semua perabot dalam rumah ini kepada kami.

Begitulah lebih kurang ceritanya. 2-3 hari ini kami macam kaset sangkut yang berulang-ulang memperdengar cerita yang sama kerana melayan soalan-soalan peminat-peminat kami. Harapnya cerita lebih kurang ini memuaskan segala persoalan.

Jadi, ya, Kirbyans akan berpindah. Kirby Studio akan berpindah. Harapnya di rumah baru nanti tumbesaran Kirby Studio boleh berlaku. Maklumlah, penyanyi utama kami (cuba teka siapakah beliau?) mempunyai masalah masuk ke ruang sempit tempat jurutera rekording kami bertugas.

Soalan kefahaman daripada karangan:
Kalau kamu tahu di mana ada rumah yang mahu disewakan, hubungi kami serta merta.

Jawapan kepada soalan kamu:
Tak. Tiada housewarming. Harap maklum.

Email Email Print Print

{ 1 comment… read it below or add one }

Monza 8 August 2009 at 10:20 am

haiz~ nak bwat camne kan…
patut la rachel call aku bwat suare yg agak seducing ala2 CH gitu. nak jual rumah kite rupenye… tidak mengapalah Bukhariak Ramliak. bykkan bersabar dan jom rosakkan rumah ni sebelum pindah!!! yeah!

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: