
photo credit: Patrick Hoesly
Manusia ni memang bangang. Dulu masa kat Friendster bermati-matian sebar-sebar mesej dari Adam Smith kata Friendster akan tutup akaun kau kalau kau tak sebarkan juga.
Lepas tu datang pula cerita yang Bill Gates dah bosan tengok duit. Jadi, kalau kau emel surat berantai tu, kau akan dapat sikit la duit Bill Gates tu.
Sekarang ni ada dalam Facebook pasal login Facebook boleh dapat duit pula. Soalnya, duit tu datang dari mana? Dari downline? Bila dah habis downline jadi apa?
Aku nak tulis pasal tu, tapi malas.
Yang aku rajin nak tulis sekarang: konon-konon ada lambang Zionis dalam komputer kau.
ne aku dpt ym dr kwn aku…ramai yg tidak tahu di dalam komputer kita ada menyimpan lambang zionis. tak percaya? lihat
disini C:\ProgramFiles\Microsoft Office\MEDIA\CAGCAT10\J0285926.WMF tolong delete file ni..foto kemenangan lambang zionis..harap hebahkan……
1. Menang apa yang dia dapat dengan selit benda tu dalam komputer kau?
2. Kalau kau delete, terkopak ke kayu rumah mereka? Terkurang ke duit dia dalam bank? Tergugur ke misai Benjamin Netanyahu?
Masalahnya sama je. Kita rasa kita buat baik pada dunia bila kita jumpa/sebar benda-benda macam ni. Padahal ntah ye ntah tidak. Tak reti nak selidik pun.
Macam orang yang suka tanya aku soalan bodoh la. Padahal soalan tu boleh je Google sendiri. Kan? Eh, komputer aku ada virus la. Eh, nak right click kat mouse ni macam mana?
Tak fikir panjang. Otak letak kat lutut.

photo credit: kevindooley
Kalau kau tengok. Dalam folder sama J0183290.WMF ialah gambar Santa Claus.
Gambar yang kau kata Zionis tadi ialah gambar Hanukkah dan Star of David.
(Oh, adakah kau baru dapat satu kesedaran bahawa Zionis itu tidak semestinya Yahudi dan Yahudi itu tidak semestinya Zionis?
Hanya kerana kau Melayu adakah bermaksud kau geng-geng Perkasa songkok tinggi? Ye? Tak?)
Jadi, dengan sedikit penaakulan mantik, kau boleh anggap yang Microsoft ni tengah cuba nak masukkan ikon-ikon atau lambang perayaan semua kaum/agama utama.
Kalau kau tengok lagi. Dalam folder sama J0301050.WMF ialah gambar Kaabah dan Masjidil Haram.
Jadi, kembangkan lagi penaakulan mantik kau tadi. Adakah Microsoft cuba menyebarkan kemenangan umat Islam kepada bukan Islam? Adakah mereka cuba menjalankan tugas pendakwah kita? Adakah ini kegiatan subversif mereka dengan harapan gambar kecil ini mampu mengukuhkan ekonomi umat Islam?
Ye?
Tak?
Fikir…
OK. Sahih! Dia tengah cuba nak letak semua ikon kaum/agama utama kat atas dunia.
Betul tak?
Lain kali fikir dulu. Jangan kerja nak memforward je.
Oh, by the way, memang aku rasa Zionis ada agen propaganda/PR mereka sendiri. Kerja dia lebih mudah dengan ada orang macam kau: terima berita tanpa usul periksa. Terima kasih. Good job.
Dah. Pergi la sambung buat kuiz merepek dalam Facebook tu. Dan, kalau kau tak sedar, Facebook ada privacy settings yang baru. Pergi ubah supaya, apabila kau buat sesuatu yang bodoh nanti, tak semua orang boleh nampak.
Email
Print
{ 2 comments… read them below or add one }
hahahahah.. funny!!
Hahaha..