Menghalau perasaan pelik

21 February 2010

Kadang-kadang perasaan yang pelik-pelik datang pada kita. Takut. Risau. Karut. Cemburu. Marah. Sedih. __________ (isi tempat kosong dengan perasaan tak sedap kegemaran kamu).

Saya dan kamu bukan robot. Nak tak nak, perasaan macam-macam ni akan datang. Semalam. Esok. Lusa. Sekarang. Tadi. Kejap lagi. Bila-bila.

Dah jadi sebahagian daripada lumrah manusia. Perasaan-perasaan pelik akan datang. Memang tak boleh nak dielak.

Perasaan-perasaan ini semua bukannya masalah.

Masalah yang bukan masalah

Masalah tidak dapat menjadi masalah kalau kita tak anggap benda itu masalah atau masalah besar sangat.

Contoh. Katalah kipas kita terbunuh. Mungkin katod tak kena pada anod atau apa. Cuaca pula, kerana pemanasan global atau apa, panas gila ba~. Kita dah cuba bermacam-macam jampi untuk reinkarnasi kipas tersebut. Tetapi beliau tetap mati tak bernyawa.

Masalah: kalau kita marah-marah dan tensi dan bengang dengan keadaan yang melanda. Semua tak jadi. Orang tegur kita baik-baik, kita marah.

Bukan masalah: kalau kita relaks. Takpalah, dah memang dah mati nak buat macam mana. Memanglah panas. Tapi relaks sudah.

Masalah biasanya neutral

Masalah atau keadaan atau situasi adalah benda yang neutral. Sama ada kita nak jadikan dia teruk atau ok atau memang marah tapi tak kisahlah memang tak boleh nak buat apa.

Terpulang pada kita.

Masalah paling besar…

…ialah kalau kita melayan sesuatu masalah atau perasan pelik-pelik ini tanpa kita cuba mengkaji di mana dan mengapa masalah ini datang.

Tak, saya tak suruh kamu buat kajian ambil PhD empat lima tahun untuk kaji masalah-masalah ini.

Contoh. Kita percaya benda-benda karut. Walaupun kita tak mahu percaya, tapi kita nampak banyak sangat benda karut ini terbukti. Kalau lalu bawah tangga, dapat sial. Kalau langkah pancing, tak dapat ikan. Kalau baca blog saya, boleh jadi bijak.

Kita didatangi perasaan nak percaya semua ini. Sebab banyak kali kita nampak ia berlaku.

Kalau kita layan tanpa soal siat-siat, kita akan terperangkap dalam kepercayaan ini.

Masalahnya: betul ke?

Betul ke?

Kalau kita rajin sedikit untuk menyoal dan memerhati, kebanyakan perkara karut terbukti sebab secara tak sedarnya kita sebagai pembukti memang mencari bukti untuk membuktikan keterbuktian pembuktian tersebut (whatthehell?) i.e. kita nak percaya, jadi kita cari sebab untuk percaya.

Nampak tak? Kalau kita soal-soal, baru kita nampak macam mana perasaan bodoh seperti percaya pada karut-marut tu datang.

Sekali lagi, kita sebagai manusia memang terdedah kepada bias kognitif. Kalau kamu rajin, nah senarai (tak lengkap) bias-bias yang ada.

Kerana saya bukan seorang penulis cereka yang bagus, saya hidangkan kepada kamu satu cerita yang paling menakjubkan di alam semesta yang telah meringkaskan apa yang saya merapu di sini (saya berpegang kepada mazhab yang ramai writer/copywriter pegang: show itu lebih baik daripada tell).

Sila baca certot (cerita kontot) ini: The only problem standing in our way.

Parting thought

(iklan: apakah parting thought dalam bahasa melayu?)
Kalau kita ada rasa pelik-pelik, sila soal kewajaran perasaan itu sebelum kita melayan memba– buta.

Kamu boleh kata pada saya ‘wei masalah tu masalah la, apahal tak masalah pula’. Atau ‘ah ini semua bullshit yang konon-konon kau jumpa dalam buku peningkatan kendiri tu’. Atau ‘konon kau bagus la ni kan?’ Atau ____________________________________ (isi tempat kosong dengan skeptisism kamu).

Cuma ibu saya pernah beritahu waktu saya tak mahu makan ubat ‘tak nak makan takpa, tapi nanti kalau sakit jangan komplen!’

Oh, ada satu lagi cerita. Yang lebih kurang macam relevan juga: I am my own worst enemy.

Nota kaki:
1. Seriesli, pos macam ini saya dah simpan bertahun-tahun dalam kepala otak berjambul saya. Tak sangka ia hanya mengambil masa 10 minit untuk ditulis.
2. Ini juga adalah salah satu sebab mengapa saya percaya soalan adalah jawapan.

Nota kaki takde kaitan:
Blog saya yang lagi satu telah mereng. Sesuatu yang tidak diingini berlaku pada RSS feed yang menyebabkan pos-pos baru tidak muncul. Saya telah bunuh beliau. Saya akan memberi peluang kedua (ketiga? keempat?) pada beliau. Nanti.

Email Email Print Print

{ 2 comments… read them below or add one }

monza 21 February 2010 at 5:17 pm

Phew~
wa sokong sama lu punye point2 di atas. masalah tu bukanlah masalah kalo lu pikir itu bukan masalah. tapi kite ade masalah housemate x balik umah n suke menyemakkan umah, aku rase ini memg masalah yg jitu dan bole dikira bermasalah jika ianya tidak dianggap bukan masalah. :D

Reply

Book 21 February 2010 at 7:05 pm

Haha. Tak balik tu satu hal. Sepah tu satu hal lagi. Itu memang berhal-hal la tu.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: