Semalam saya tonton lima filem aksi. Apa gila?
Lebih gila lagi kerana ini adalah pencapaian agung untuk saya. Selalunya nak menyudahkan satu filem pun sangat sukar bagi saya. Tangan gatal saya akan capai tetikus dan buat kerja lain.
Biasanya saya akan membaca. Saya pasang filem. Tak sampai sepuluh minit, saya akan terus cari apa yang nak dibaca. Kadang-kadang saya baca lebih tentang filem itu daripada menonton filem itu sendiri.
Heh. Begitulah gaya hidup seorang pembaca terlampau.
Atau saya akan menulis. Memenuhkan buku nota dengan falsampah hidup saya. Konon.
Saya memang tak reti duduk diam. Kejap saja saya akan hilang tumpuan. Penyelesaian: saya duduk di atas kerusi sandar jauh daripada komputer. Keyboard saya tinggalkan di atas meja. Mouse saya letak di atas rak buku, untuk mengawal filem ini semata-mata.
Maka, saya mampu sudahkan filem-filem yang saya mahu tonton.
Berbalik kepada cerita filem aksi tadi.
Kalau kamu terlalu banyak menonton filem aksi, akan ada satu ketakutan terbit dalam diri kamu untuk membeli kereta. Baru atau lama. Lebih-lebih lagi barulah.
Hero dan penjahat dalam filem begitu mudah akan menahan kereta kamu yang dalam perjalanan ke pasar, kerja atau kampung. Lantas, kamu diacu pistol, diminta keluar dan beliau terus menggunakan kereta kamu untuk tujuan-tujuan aksi mereka.
Kalau berlaku aksi lasak di belakang rumah, kain baju yang kamu sidai akan menjadi mangsa. Mereka akan menyorok di celahan kain baju sambil tembak-menembak. Kamu akan keliru antara roti jala dan baju kamu.
Atau mereka akan meminjam baju kamu untuk mengemaskini gaya penampilan mereka.
Apa-apapun jalan yang dipilih, baju kamu tidak akan terselamat.
Begitulah kalau overdose filem aksi. Dan saya yakin malam tadi saya mimpi menjadi perisik handalan antarabangsa.
Heh.
Email
Print