Hari ini, Swinging Bowl memperkenal struktur harga baru bagi makanan/minuman (apa benda lagi pun yang ada?) yang dijual. Tiada lagi dua atau tiga lauk.

Sekarang, setiap lauk ada tanda harga tersendiri.

Tanda amaran telah diletak selama seminggu. Jadi sepatutnya tiada kejutan.

Kalau kamu mencari orang untuk dipersalahkan dalam hal ini, nombor satu, salahkan tuan punya kedai.

Nombor dua, salahkan saya. Saya telah menghasut tuan punya kedai untuk memperkenal struktur harga baru ini. Memang sudah ada di fikiran beliau, tetapi saya dan beberapa orang lain telah menjadi katalis dalam hal ini.

Saya tak tahu apa alasan tuan punya kedai untuk struktur harga baru ini. Tetapi saya ada sebab tersendiri untuk itu.

Kenapa?

1. Setiap orang dicaj mengikut apa yang diminta. Sebelum ini, biasanya lauk ultra special seperti beef rendang adalah disubsidi oleh lauk lain yang berkos rendah i.e. beef rendang dijual dalam nada kerugian.

Kerugian ini ditampung oleh lauk-lauk murah seperti sayur campur dan tauge. Tidak adil pada mereka yang makan sayur.

2. Setiap orang dicaj mengikut apa yang diminta part 2. Sebelum ini, kalau dua lauk diminta dan permintaan yang diajukan bertajuk ‘double shot of beef rendang’ (atau dua-dua berbentuk ayam), staf macam tak sampai hati nak caj AUD5.50 (AUD6.50 untuk non-student).

Bukan tak sampai hati pada pelanggan, tapi tak sampai hati pada kedai. Ayam besar gabak (dua-dua nak diminta bahagian ekstra besar) dengan nasi semangkuk penuh. AUD5.50? Gila apa.

(Itupun ada lagi yang cakap ‘I’m a student’. Yalah, harga student la tu. Murah macam mana lagi kau nak?)

Jadinya sekarang, kalau nak dua-dua (atau tiga-tiga atau empat-empat, ikut suka la sebab harga lauk dikira satu-satu tanpa terikat dengan pakej) ayam, boleh. Dipersilakan.

3. Setiap orang dicaj mengikut apa yang diminta part 3. Sebelum ini, kerana ikut pakej, harga paling murah ialah AUD5.50.

Sekarang, kerana tiada ikatan dengan pakej lagi, kamu boleh minta satu lauk, sayur umpamanya (AUD2.00) dengan nasi. Total= AUD4.00.

Mix and match begini memudahkan tanpa terikat dengan pakej dua atau tida lauk lagi dah.

4. Lauk baru boleh diperkenalkan. Mungkin ikan, mungkin ketam atau apa saja.

Lauk ikan kalau nak diletak dalam sistem pakej sebelum ni, pening juga. Sebab kos dia tinggi lagi (kalau tak, dah lama student hari-hari makan ikan instead of kepak ayam kan?).

Dengan sistem baru sekarang, lauk baru boleh diperkenal bergantung pada hari, bekalan dan mood tukang masak. Harga boleh diselaras mengikut harga pasaran.

5. Selama ini harga memang underpriced pun. Saya dibesarkan dalam suasana meniaga. Walaupun saya tak tahu berapa kos operasi SB, saya boleh agak margin yang ada selama ini sangat kecil. Mungkin tak padan dengan penat dan pening.

6. Ada beberapa orang pelanggan (presumably, yang faham dengan perniagaan) yang cakap harga lama tu patut dinaikkan.

Maklum balas

Saya lebih banyak di belakang tabir hari ni. Saya kurang serve orang. Kalau di depan pun, saya menyorok sebalik cash register machine tu sebab saya yang hafal harga-harga baru tu (dari mana kamu rasa harga-harga tu datang?). Jadi saya tak tahu sangat macam mana respons masyarakat.

Berdasarkan pemerhatian saya yang terhad, ada beberapa kategori respons.

1. ‘Urgh mahal gila! Tapi bila fikir balik tempat lain lagi mahal so makan je la kat sini.’ Biasanya akan minta satu lauk. Jimat duit, kata mereka. Rujuk poin 3 subheading ‘Kenapa?’ di atas.

2. ‘It’s ok, I still want 3 dishes’. Biasanya makan sebagaimana biasa. Harga baru tak menjejaskan rutin makan mereka. Kalau selama ni bantai beef dan lamb, tadi pun bantai beef dan lamb juga (albeit with a new price).

3. Golongan ketiga ialah: hurm. Tiada golongan ketiga. Setakat ini, belum ada yang nampak harga baru terus lari balik berselubung dalam selimut dan berikrar tak mahu datang lagi.

Eksperimen

Dalam dunia bisnes, syarikat besar-besar pun kadang-kadang buat kaji selidik harga. Cuma, mereka mungkin guna focus group atau bayar konsultan luar lengkap dengan neuromarketing researcher, behavioural economist dan penasihat kewangan atau apa.

Freelancer macam web designer atau copywriter pun ada cara sistematik untuk mencari titik manis (sweet spot?) dalam menentukan bayaran mereka.

Kami tiada bajet dan kapasiti untuk focus group atau nak bayar konsultan. Eksperimen kami bersifat field test.

Nota tepi
Selain daripada sebab-sebab di atas, mungkin ada beberapa bidang yang berkaitan dengan pos kali ini. Market segmentation and positioning strategy, umpamanya.

Nanti kalau rajin, saya tulis lagi.

Penafian: tulisan ini adalah apa yang saya fikir dan tidak semestinya menggambarkan pendapat SB.

Imej:
Price change

Email Email Print Print

Bangunlah wahai umat

22 February 2010

Dengar kata Pahang, Perlis dan Johor pun takkan mengadakan perarakan sempena Maulidur Rasul.

Oi, mana Perkasa, geng-geng Brahim Ali dan sekutu-sekutu Melayu ultra lainnya?

Tidur ka?

Tak mahu buat demo/protes di Pahang, Perlis dan Johor pula?

Mana yang sebelum ni kata Lim Guan Eng ‘anti-Islam’, ‘menghakis identiti Melayu’, ‘memperlekeh sensitiviti umat Islam’, ‘tidak memahami sejarah‘ dan macam-macam lagi?

Mana?

Tidur ek?

Dah dah. Bangun! Buat kopi untuk saya. Saya nak pergi kerja.

Imej:
Crayon Shin-Chan alarm clock

Email Email Print Print

Menghalau perasaan pelik

21 February 2010

Kadang-kadang perasaan yang pelik-pelik datang pada kita. Takut. Risau. Karut. Cemburu. Marah. Sedih. __________ (isi tempat kosong dengan perasaan tak sedap kegemaran kamu).

Saya dan kamu bukan robot. Nak tak nak, perasaan macam-macam ni akan datang. Semalam. Esok. Lusa. Sekarang. Tadi. Kejap lagi. Bila-bila.

Dah jadi sebahagian daripada lumrah manusia. Perasaan-perasaan pelik akan datang. Memang tak boleh nak dielak.

Perasaan-perasaan ini semua bukannya masalah.

Masalah yang bukan masalah

Masalah tidak dapat menjadi masalah kalau kita tak anggap benda itu masalah atau masalah besar sangat.

Contoh. Katalah kipas kita terbunuh. Mungkin katod tak kena pada anod atau apa. Cuaca pula, kerana pemanasan global atau apa, panas gila ba~. Kita dah cuba bermacam-macam jampi untuk reinkarnasi kipas tersebut. Tetapi beliau tetap mati tak bernyawa.

Masalah: kalau kita marah-marah dan tensi dan bengang dengan keadaan yang melanda. Semua tak jadi. Orang tegur kita baik-baik, kita marah.

Bukan masalah: kalau kita relaks. Takpalah, dah memang dah mati nak buat macam mana. Memanglah panas. Tapi relaks sudah.

Masalah biasanya neutral

Masalah atau keadaan atau situasi adalah benda yang neutral. Sama ada kita nak jadikan dia teruk atau ok atau memang marah tapi tak kisahlah memang tak boleh nak buat apa.

Terpulang pada kita.

Masalah paling besar…

…ialah kalau kita melayan sesuatu masalah atau perasan pelik-pelik ini tanpa kita cuba mengkaji di mana dan mengapa masalah ini datang.

Tak, saya tak suruh kamu buat kajian ambil PhD empat lima tahun untuk kaji masalah-masalah ini.

Contoh. Kita percaya benda-benda karut. Walaupun kita tak mahu percaya, tapi kita nampak banyak sangat benda karut ini terbukti. Kalau lalu bawah tangga, dapat sial. Kalau langkah pancing, tak dapat ikan. Kalau baca blog saya, boleh jadi bijak.

Kita didatangi perasaan nak percaya semua ini. Sebab banyak kali kita nampak ia berlaku.

Kalau kita layan tanpa soal siat-siat, kita akan terperangkap dalam kepercayaan ini.

Masalahnya: betul ke?

Betul ke?

Kalau kita rajin sedikit untuk menyoal dan memerhati, kebanyakan perkara karut terbukti sebab secara tak sedarnya kita sebagai pembukti memang mencari bukti untuk membuktikan keterbuktian pembuktian tersebut (whatthehell?) i.e. kita nak percaya, jadi kita cari sebab untuk percaya.

Nampak tak? Kalau kita soal-soal, baru kita nampak macam mana perasaan bodoh seperti percaya pada karut-marut tu datang.

Sekali lagi, kita sebagai manusia memang terdedah kepada bias kognitif. Kalau kamu rajin, nah senarai (tak lengkap) bias-bias yang ada.

Kerana saya bukan seorang penulis cereka yang bagus, saya hidangkan kepada kamu satu cerita yang paling menakjubkan di alam semesta yang telah meringkaskan apa yang saya merapu di sini (saya berpegang kepada mazhab yang ramai writer/copywriter pegang: show itu lebih baik daripada tell).

Sila baca certot (cerita kontot) ini: The only problem standing in our way.

Parting thought

(iklan: apakah parting thought dalam bahasa melayu?)
Kalau kita ada rasa pelik-pelik, sila soal kewajaran perasaan itu sebelum kita melayan memba– buta.

Kamu boleh kata pada saya ‘wei masalah tu masalah la, apahal tak masalah pula’. Atau ‘ah ini semua bullshit yang konon-konon kau jumpa dalam buku peningkatan kendiri tu’. Atau ‘konon kau bagus la ni kan?’ Atau ____________________________________ (isi tempat kosong dengan skeptisism kamu).

Cuma ibu saya pernah beritahu waktu saya tak mahu makan ubat ‘tak nak makan takpa, tapi nanti kalau sakit jangan komplen!’

Oh, ada satu lagi cerita. Yang lebih kurang macam relevan juga: I am my own worst enemy.

Nota kaki:
1. Seriesli, pos macam ini saya dah simpan bertahun-tahun dalam kepala otak berjambul saya. Tak sangka ia hanya mengambil masa 10 minit untuk ditulis.
2. Ini juga adalah salah satu sebab mengapa saya percaya soalan adalah jawapan.

Nota kaki takde kaitan:
Blog saya yang lagi satu telah mereng. Sesuatu yang tidak diingini berlaku pada RSS feed yang menyebabkan pos-pos baru tidak muncul. Saya telah bunuh beliau. Saya akan memberi peluang kedua (ketiga? keempat?) pada beliau. Nanti.

Email Email Print Print

Test

21 February 2010

Test.

Email Email Print Print

1.
Kawan saya disaman. Hal ini menimbulkan kekagetan berpanjangan kepada rakan-rakan yang lain.

Saya beritahu mereka sesuatu.

Pandulah seberapa laju yang kamu mahu. Tetapi apabila menghampiri satu tiang yang dinamakan speed cam, maka perlahankanlah tunggangan kamu itu.

Seperti biasa, soalan berbunyi ‘Speed cam tu kat mana?’ akan kedengaran.

Saya membentangkan sebuah presentasi Power Point berjudul lokasi-lokasi speed cam sekitar Adelaide.

Saya menyatakan lokasi-lokasi tersebut berdasarkan memori. Ya, saya ada sikit-sikit memori fotografik. Mungkin sebab itu saya tidak mempunyai kamera digital.

Seorang mamat mencelah: ‘Kau tulis semua ni lepas tu kau jual kat member-member. Boleh buat duit beb.’

Ya tak ya juga.

2.
Kawan saya baru tiba. Hal ini menimbulkan persoalan berpanjangan tentang tatacara hidup di sini.

Sewa rumah bagaimana. Beli kereta bagaimana (dan ya, speed cam di mana). Mana nak dicari barang-barang murah. Sayuran yang berkali ganda murah berbanding CM. Bengkel kereta mana yang repair kereta dengan harga seumpama sebiji kuih. Hari apa dalam suratkhabar banyak iklan rumah sewa, iklan kereta.

Macam-macam lagilah. Kalau dilayan, sampai ke sudah tak habis.

Seorang mamat mencelah: ‘Kau tulis semua ni lepas tu kau jual kat budak-budak yang nak datang sini. Info mantap ni beb.’

Ya tak ya juga.

3.
Saya pernah tulis satu panduan untuk pelajar baru tiba kurang lebih dua tahun lepas. Info simpel ja.

Kalau ada permintaan untuk info yang lebih komprehensif, nanti saya tulislah. Saya terfikir dah lama. Cuma malas.

Buat masa sekarang kalau kamu Google ‘Malaysian student guide to Adelaide‘, tiada apa sangat. Senang cerita, tiada guna langsung.

Imej:
On the road manuscript

Email Email Print Print

Kini tidak lagi

18 February 2010

Penanya: Kenapa kau tak tulis pasal politik ka, isu semasa ka macam dulu-dulu?

OK. Saya tak tahu nak mula dengan apa untuk jawab persoalan ini.

Izinkan saya mula dengan, KAU DAH GILA?!

Oh maaf, saya lupa. Kau sekarang sudah jadi kamu.

Kamu dah gila?!

Itu soalan retorikal. Tak perlu emel, twitter atau sms jawapan pada saya.

Membaca berita Malaya saja sudah membuatkan saya rasa nak marah tapi tak tau nak marah kat siapa. Rasa nak sepak orang tapi tak tau nak sepak siapa. Rasa nak jerit tapi tak tau nak jerit kat siapa. Rasa nak… ok, kamu faham kan?

Itu baru baca. Inikan pula nak menulisnya lagi. Saya belum terasa mahu menyeksa diri dengan perkara-perkara sebegitu.

Lagipun saya risau kalau saya bersuara nanti geng-geng Brahim Ali anjur demo untuk saya pula.

Haha.

Mungkin nanti-nanti, kalau saya tiba-tiba rajin nak tulis. Atau bila rasa yang sedang saya kompakkan dan pinggirkan meletup secara tidak semena-mena.

Email Email Print Print

Kanvas yang Converse

18 February 2010

Saya: Kenapa aku pakai baju ni?
Tidak. Saya bukan narsisistik tidak bertempat. Soalan ini adalah kod rahsia rakyat The Kirb. Selalunya digunakan untuk mengaburi mata Nazerul yang selalu ‘hilang’ dalam perbualan.

Begini. Perbualan kami biasanya pantas. Sangat. Melompat-lompat dari satu topik ke satu topik. Pada waktu ini biasanya metafora akan diseksa secara habis-habisan.

Selalunya untuk efek komikal.

Cuma, kalau seseorang itu sangat kurang kuasa pemprosesan, selalu akan hilang punca.

Seseorang yang sesat tadi biasanya akan bertanya ‘korang cakap pasal apa ni ha?’

Biasanya kami akan jawab ‘kenapa kau pakai baju ni?’

Dan yang sesat akan terus sesat.

Kembali ke awal cerita.

Saya: Kenapa aku pakai baju ni?
Tercetak Converse di baju saya.

Sebab blog kau kanvas, kau pakai la baju Converse.

Ceh. Itu macam.

Kenapa blog ini sekarang penuh dialog pendek-pendek?

Imej:
Converse 2.0

Email Email Print Print