
photo credit: Stuck in Customs
Minggu periksa adalah minggu yang sibuk.
Hanya orang yang sibuk ada masa
Orang kata, kalau nak sesuatu itu terlaksana, beri pada orang yang sibuk. Orang yang sibuk dan sentiasa bergerak fizikal dan mentalnya akan cuba menyudahkan kerja yang ada.
Orang yang tidak sibuk, ironinya, biasanya tidak buat banyak benda. Biasanya akan buat alasan kata kononnya sibuk, padahal tak sibuk. Jadi benda yang disibukkan tak siap, benda yang ditolak sebab sibuk pun tak siap.
Dalam hal ini, saya merujuk diri saya sendiri. Saya rasa penggunaan masa saya tidak begitu cekap. Banyak masa terbazir konon-konon buat sesuatu yang macam kerja, tapi bukan kerja.
Pseudo-kerja.
Di waktu sibuk-sibuk nak periksa itulah kepala saya berputar dan pelbagai idea mencurah-curah ke ladang gandum. Kendatipun, semuanya terpaksa ditolak demi menumpukan kepada nota-nota yang terpampang di hadapan mata.
Keinsafan ultra
Jadinya, saya cuba mengambil kesempatan kesibukan minggu periksa tempoh hari untuk meneruskan momentum membuat kerja yang penting dan membuahkan hasil.
Menulis lebih banyak lagi, umpamanya.
Doa termakbul
Sehari sebelum kertas terakhir saya, bos dah panggil untuk kerja keesokan harinya. Dalam erti kata lain, dengan hangover periksa, saya melangkah keluar dari dewan periksa terus ke kedai.
Tak. Saya tipu. Saya balik rumah dan tidur. Walaupun sejam cuma.
Di kedai, seorang mamat menghubungi saya untuk membooking saya untuk tujuan-tujuan tertentu.
Sebelum itu, sudah ramai yang menempah masa saya, sama ada untuk tujuan bercakap-cakap atau sesuatu yang lebih serius seperti memformat komputer yang jahanam.
Balik kerja, saya terus meninggal dunia.
Pangkah satu nyawa.
Hari ini, yang mengikut Akta Pelajar adalah hari bebas periksa rasmi pertama saya, beberapa lagi mamat-mamat mula mencari saya.
Masing-masing seolah-olah mempunyai bukabihperiksaometer, alat yang memberitahu perihal habis periksanya saya. Saya menganggap mereka yang menghubungi saya ini sebagai tetamu yang datang ke rumah dan membawa bersama mereka rezeki dan nasib baik.
Dan, jangan lupa, saya bekerja juga pagi tadi.
Kalau kita aplikasikan logik di atas tadi, keadaan sibuk dan rezeki melimpah-ruah ini akan membuatkan saya bahagia dan ada masa untuk menjalankan projek-projek lain yang ada dalam kepala otak saya.
Senarai tidak lengkap rancangan bukhariramli kelimbelas ada di sini.
Kalau kamu ada cadangan perkara menarik untuk saya lakukan atau kamu memerlukan saya, sila hubungi saya.
Laiberi
Tadi, sesudah kerja, saya melawat perpustakaan. Sepanjang dua tiga bulan ini, saya tidak melawat beliau sampailah ke waktu periksa ini. Tidak pernah saya tak ke perpustakaan selama itu dan dah lama saya tak pinjam buku.
Saya pinjam dua buah buku. Mengikut ramalan, saya patut pinjam tiga. Tapi buku ketiga tidak dijumpai. Mungkin tertanam di celah-celah buku lain.
Ya, saya tahu, saya ada banyak buku yang tidak habis dalam rak buku saya.
Buku apa saya pinjam?
Ini dia:

1. Godel Escher Bach: Eternal Golden Braid
Sudah pinjam tahun lepas. Tak sempat baca habis.

2. Tribes
Sudah dengar. Tak baca lagi.
Buku yang saya cari tapi tak jumpa?
—
OK. Sekarang saya perlu kemas bilik.
Email
Print