Pesta makan-makan

23 March 2010

cendol
Creative Commons License photo credit: ImipolexG

Soalan seperti ‘bila nak buat makan-makan?’, ‘bila nak buat cendol?’, ‘bila nak buat pau?’ adalah soalan lazim yang saya terima setiap hari (selain daripada ‘kenapa awak nampak kacak hari ni?’).

Yang membawa saya kepada satu soalan lain: tahukah kamu erti berdikari?

Saya ada satu idea bisnes yang entah apa-apa. Ia menggabungkan minat memasak dan minat bertemu orang berbual-bual melepak-lepak (atau bahasa hipnya: berparti). Sebab, secara jujurnya, buat apa kamu bisnes/kerja kalau kamu buat benda yang kamu tak minat?

(Kepada Encik Imran Ajmain, ini salah satu idea saya yang saya bising-bising, tempoh hari. Kalau idea ini digunapakai, saya mahu 10%. Tak tak, gurau. Idea ini boleh diambil percuma, saya banyak idea lain lagi, remember?)

Feeling spicy...
Creative Commons License photo credit: selva

Masalah

Idea bisnes selalunya dimulai dengan masalah.

Masalah:
1. Ada orang suka masak, tetapi tiada orang yang nak dimasakkan untuk.
2. Ada orang suka makan, tetapi tidak tahu di mana tempat makan yang best.
3. Ada orang suka parti, tetapi tiada parti untuk dihadiri. Nak buat parti kat rumah jauh sekali, sebab dah memang dah pemalas tak mahu basuh pinggan, kemas rumah etcetera i.e. kemalasan tahap black belt.

Penyelesaian

Idea bisnes timbul untuk menyelesaikan masalah.

Dalam cerkas (cerita ringkas) ini, Ahmad adalah peniaga, Chong ada pelanggan dan Raju adalah seorang lagi pelanggan.

Ideanya begini:
Ahmad menganjurkan ‘parti berbayar’ (ini idea bisnes kan?). Chong menyertai ‘parti’ tersebut. Raju turut serta secara berasingan.

Chong dan Raju bertemu dan menjadi kawan karib. Kerana perniagaan ini bersifat santai dan non-korporat, Ahmad juga menjadi kawan karib mereka.

Setelah lima tahun bersahabat, banyak perkara menarik berlaku antara mereka. Mereka turut serta dalam projek-projek menarik (terpulang kepada kamu, projek apa mahu kamu fikirkan).

Setelah lima tahun bersahabat, baru mereka sedar mereka adalah contoh buku teks untuk Bahasa Malaysia Tahun 2 versi 1Malaysia. Konon.

Ekstrapolate

Sekarang, imajin benda seperti ini dijalankan berterusan. Dalam hal ini, saya mahu jadi Ahmad, pastinya. Sebab:

a) saya suka memasak dan beri orang makan. Tak perlu penjelasan lanjut.

b) saya suka bertemu orang dan ambil tahu tentang mereka. Sebagai contoh, saya baru temuramah Amir Zainorin tempoh hari.

c) saya suka menyertai dan menganjurkan projek-projek menarik dengan orang yang saya jumpa. Sebagai contoh, WLDU yang sudah ada dua event. Lebih ekstrim lagi, saya turut mempunyai projek dengan orang yang saya tak pernah jumpa pun. Sebagai contoh, saya bersekongkol dengan Zurairi untuk menjayakan Unscientific Malaysia. (Sehingga sekarang saya masih tidak tahu apa rupa sebenar beliau. Mungkin beliau raksasa magikal yang diutus untuk menyerang bumi? Mana saya tahu. Nanti dah jumpa, saya maklumkan pada kamu).

Maknanya, saya menang.

Chong dan Raju juga menang. Mereka mahu makan, mereka dapat makan. Lebih hip lagi, mereka dapat jumpa sesama mereka. Dan mereka dapat jumpa saya! Tidakkah cukupkah itu sebagai sebab kemenangan mereka?

Dalam hal ini, semua menang.

Ekstensyen

Ini adalah idea asas (basic bak kata orang kampung saya).

Ia boleh ditambah, digubal dan diherot-perotkan mengikut kesesuaian. Contoh: diskusi buku, miting persatuan dan parti tupperware.

Soalah kerja rumah:
Apa pendapat kamu?
Siapakah yang mahu kamu jadi? Ahmad atau Chong dan Raju (Chong dan Raju jatuh dalam kategori sama i.e. pelanggan)?

Email Email Print Print

{ 2 comments… read them below or add one }

Imran Ajmain 23 March 2010 at 1:08 pm

Idea yang baik. Tapi susah nak expedite!

Reply

Book 23 March 2010 at 11:22 pm

Sebab tu perlu minat. We’ll try to do thing we’re passionate about, no matter what.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: