Sebuah cerita di mana Kimi mengejar saya, Naqib menelefon polis dan Omak membuat deduksi ala Detektif Conan

6 March 2010

HotWheels - Ferrari 250 GTO
Creative Commons License photo credit: Leap Kye
Bukan gambar kereta yang hilang.

Ini adalah cerita yang perlu saya tulis kerana:
1. Atas permintaan sebahagian kamu.
2. Saya dah malas nak mengulang cerita. Saya dah develop imunisasi terhadap kelucuan insiden tersebut. Apalah gunanya menyampaikan cerita kelakar jika saya sudah imun.

Untuk menyesuaikan dengan jalan cerita, dalam cerita ini saya adalah aku.

Cerita ni agak kompleks sebab banyak point of view dan aku tak berada di semua tempat kejadian (dah namanya prank, mesti aku kena nyorok). Aku mengharap pada wartawan jalanan Encik Ringo untuk berita-berita itu.

Tapi cerita ini telah disusun dan ditulis semula secara kronologikal.

Fasa 1: Menanti beriyani

Aku sampai semula ke Swinging Bowl kerana telah ditabur janji-janji manis oleh Brader Bos bahawa beliau mahu memasak beriyani. Padahal aku ngantuk + letih.

Tapi takpalah. Bagaikan seorang budak kecil yang matanya bercahaya apabila dijanjikan lawatan ke Disneyland, begitu jugalah aku.

Ringo: Wei Book, Naqib suruh balik awal sebab nak rumble Syamil. Tapi dia kata balik awal lagi sebab kunci kereta tertinggal dalam kereta.

Kami sangka kunci kereta dalam kereta, kereta kunci dan kunci rumah pun dalam kereta i.e. Naqib tak boleh masuk kereta + rumah.

Yes! Padan muka. Biar dia tunggu. Ringo nampaknya bersetuju dengan rancangan tersebut. Aku malas nak balik naik bas.

Ringo menyogok aku dengan kesudian beliau menghantar aku balik dengan kereta Nazerul. Atas semangat setiakawan dan perpaduan 1Malaysia, aku meninggalkan harapan beriyani aku dan menuju ke rumah untuk menyelamatkan Naqib daripada diri sendiri.

Fasa 2: Rancangan yang hampir batal tetapi ditopup dengan rancangan lebih meriah

Seperti diduga, Naqib telefon aku sebab kunci kereta spare ada pada aku.

Aku: Kau ada kunci rumah tak?
Naqib: Ada.
Damn. Kata aku. Dalam hati. Ringo berpeluang menyaksikan betapa hancurnya hati aku tak dapat biarkan Naqib tunggu luar rumah, luar kereta.

Tapi…

Aku: Kau ada kat mana ni?
Naqib: Kat Sefton Park.
Yes. Jackpot! Aku yang mengantuk tadi kini segar dengan mata yang lebih bercahaya.

Aku: Kau tunggulah, aku dalam kelas ni. Lambat lagi baru balik. Nanti aku pergi kat kau. Takpa-takpa, aku naik bas pun takpa. Kau punya pasal, takde hal lah.
Baik ada makna tu. Walaupun waktu ni masih takda idea lagi, tapi aku membiarkan opsyen terbuka kalau-kalau nanti ada idea untuk kenakan beliau.

Aku cuma merancang nak muncul secara tiba-tiba di hadapan Naqib sedangkan sepatutnya beliau tunggu lama. Bosan gila.

Ringo menambah baik rancangan tersebut dengan mencadangkan supaya aku mencuri kereta tersebut.

Sepanjang perjalanan dari North Adelaide ke Sefton Park, aku dan Ringo bertungkus lumus bergotong royong membina perancangan kami.

Aku: Kita nak prank sampai mana ni? Sampai report-report polis ke apa?
Ringo: OK gak.
Setelah berbincang lanjut, kami membuat keputusan untuk menghentikan prank ini setakat sebelum sampai ke pengetahuan polis.

Aku berasa sangat rugi kerana tidak dapat menatap wajah Naqib tatkala kereta hilang.

Fasa 3: Deployment

Rancangannya begini: Ringo turunkan aku. Aku curi kereta. Ringo jumpa mereka (Naqib + Kimi + Omak) di Coles.

Kalau mereka ada di kereta, plan tak jadi. Ringo yakinkan mereka yang beliau mahu membeli sesuatu.

Aku mencuri kereta dan parking di spot paling hujung di Coles. Kelebihan: aku dapat memerhatikan tindak-tanduk mereka. Nanti.

Fasa 4: Penipuan di dalam Coles

Mereka bersetuju untuk bertemu Ringo di Coles. Di dalam Coles ada lampu, jadi tidaklah terlalu susah untuk mereka menemui beliau.

Dalam kepala otak mereka, kereta masih lagi tersergam indah di depan Cheesecake Shop, cuma terkunci. Ringo mengauta mereka dengan membeli hanger panjang dan meyakinkan mereka beliau baru menonton Youtube ‘cara-cara membuka kereta menggunakan hanger’.

Unused tennis balls
Creative Commons License photo credit: DaDaAce

Bola tenis turut terlibat dalam lakonan ini di mana Ringo mengauta mereka lagi bahawa bola tenis boleh digunakan sebagai pam yang akan membantu pembukaan kereta nanti. Omak bersetuju. Aku tak tahu macam mana Ringo tahan gelak waktu ni.

Gila ba- la wei. Camna la bola tenis tu boleh membantu. Haha.

Nasib baik bola tenis tu tak dibeli.

Fasa 5: Aksi bermula

Mereka keluar dari Coles. Aku memerhatikan semua ini dari hujung parking lot bagaikan penyiasat persendirian bertauliah yang diupah datin cemburu supaya mengekori datuk yang gatal bermain perempuan.

Mereka menuju ke kereta yang terkunci.

Poof. Kereta telah pupus! Di manakah ia? Adakah ia merajuk dengan layanan tak seberapa lalu lari? Adakah ia telah halimunan?

Naqib dah mula cuak. Mengikut kata Ringo, itulah muka Naqib paling cuak di alam semesta.

Detektif Omak membuat deduksi bahawa kereta dicuri dan pencuri memecahkan tingkap setelah terlihat kunci kereta di dalam.

Kimi menghancurkan fantasi Omak itu kerana beliau menunjukkan tiada kaca di atas jalan. Tidak mungkin pencuri itu terlalu menjaga kebersihan alam sehingga menyapu serpih-serpih kaca itu.

South Downs Rally 2008
Creative Commons License photo credit: Kol Tregaskes

Ada kesan tayar di atas jalan juga. Detektif Omak sekali lagi membuat andaian itulah kesan tayar kereta kami yang ditinggalkan oleh pencuri dalam cubaan melarikan kereta. Mungkin beliau tergesa-gesa untuk balik berak atau apa.

Sekali lagi, aku tak tahu macam mana Ringo tahan gelak.

Fasa 6: Kejar Yop kejar!

Omak ditugaskan menjaga barang-barang. Jantan genteng lagi tiga orang itu akan berkeliaran sekitar Coles untuk menjejak kereta.

Aku nampak tiga jantan genteng itu menuju ke parking lot Coles. Aku merendahkan posisi badan. Nasib baik aku bukan Husen.

Akhirnya Naqib menuju ke arah berlainan. Kimi dan Ringo makin menghampiri aku. Aku fikir takpalah kalau kantoi dengan Kimi. Yang penting, Naqib tak tahu.

Tapi tak menarik kalau kantoi bodoh-bodoh. Aku start kereta dan pecut macam betul-betul tengah lari.

Kimi: Ringo, tu kereta! Kejar kejar kejar!
Ini adalah momen paling bernilai dalam keseluruhan cerita, selain daripada deduksi Detektif Omak tadi.

Apabila Kimi nampak aku, beliau terus sujud syukur. Rupa-rupanya, mereka tak balik rumah lagi dari airport. Segala lugej, laptop, baju dan segala harta benda Kimi ada dalam kereta. Secara tak langsungnya, beliau mangsa terbesar prank ini.

Dalam masa yang sama, tanpa pengetahuan semua, Naqib sedang berbual-bual dengan polis.

Jeng jeng jeng.

Fasa 7: Rancangan tambahan yang terbantut

Aku menelefon Ringo. Mereka dalam perjalanan ke tempat kereta hilang. Masih tidak tahu menahu tentang perbualan Naqib dengan polis.

Ringo: Kami balik rumah dulu. Kau balik kemudian. Aku nak kau tengok muka Naqib cuak.
Aku: OK. Set.
Perancangan tambahan: aku pulang dengan girang daripada kelas menaiki bas, kononnya. Park kereta jauh sikit dan soal siat-siat tentang kereta.

Tapi…

SMS daripada Kimi: Baliklah cepat. Naqib dah telefon polis.

Terus aku balik. Potong stim betul.

Dalam perjalanan pulang:
Kimi: Takpa Naqib, duniawi semua tu.
Sambil tutup muka menahan gelak.

Fasa 8: Peleraian

Aku balik. Kimi dan Ringo dah gelak tergolek-golek. Naqib dan Omak masih tak faham keterlibatan aku dalam semua ni.

Omak: Kau bukan ada kelas ke? Kau datang naik apa?
Semua macam blur tak tahu aku datang dengan Ringo dan plan semua ni.

Naqib kembali berbual dengan polis menyatakan kereta telah dijumpai.

Fasa 9, 10, 11…: Analisa

Fasa-fasa ini dipenuhi gelak tawa.

Disusuli pula acara mengorbankan birthday boy pada malam itu.

Sekian, terima kasih.

Email Email Print Print

{ 2 comments… read them below or add one }

guntherringgo 6 March 2010 at 2:01 pm

Kalau la ada videocam..memang masyuk tengok babak2 detektif omaq ngan muka padayappa time tengah wat deduction, muka kimi yang ngajak aku cam nak kejar keta tu (macam la boleh kejar weyh! eh silap kimi kan gi gym) ngan muka naqib yang tak abes2 berkumat kamit …(” f*** btol la pencuri nii..kimi sorry aaa wey..-takpe tu dunia je suma”) lol.prank of the day siottt.papepun congrats kat naqib sebagai man of the day coz malam tu, macha ni kene lagi skali la pulakkkkkkk!abes katil dia kene telur, kena la plak dia tidur atas lantai berlapikkan daun pisang!

Reply

monza 8 March 2010 at 9:17 pm

hahahaha! dammit ringgo! aku sebagai org yg teraniaya ini sangatlah makbul doanye. aku doakan semua org menjadi lebih berjaya pada masa hadapan dan menjadi org yg berguna utk agama, bangsa dan negara. ( utk ringo, India la kot.. =D). nway, prank tuh memg terbayek~

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: