Tabligh yang satu lagi

12 February 2010

Ini cerita tentang tabligh. Bukan. Bukan yang selalu ketuk pintu kamu dan bertanya ‘Bang, ada masa sikit tak?’ seperti di Malaya tu. Bukan.

Pagi-pagi. Yang hidup, saya seorang. Dua lagi rakan serumah saya, masih belum bernyawa. Yang seorang lagi? Tak dapat dikesan koordinatnya.

Ting tong!
Ada makcik dan pakcik di depan pintu.

Makcik: Good morning. Do you have time to spare?
Tak tak. Soalan ni saya reka. Konon-kononnya makcik ni berkoloborasi dengan tabligh yang ketuk pintu kamu tu.

Dialog sebenar.
Makcik: Good morning. My husband and I are from Christian calling group bla bla bla…
Sama ada makcik tu betul-betul cakap macam tu atau saya yang belum sarapan waktu tu.

Makcik: We have a magazine bla bla bla…
Sambil disuakan sebuah magasin kepada saya. Beliau diberi nama ‘AWAKE!’. Makcik ini macam tahu-tahu saya belum disumbat kafein pagi ini. Saya terjaga. Sebentar.

Makcik: We have a special feature about alcohol bla bla…
Sudah. Makcik ni tahu ke cerita teh o ais saya semalam?

Makcik: Alcohol is bla bla bla… Now the government is trying to moderate alcohol bla bla bla…
Saya: Just so you know, I’m a Muslim.
Saya bukan sengaja nak potong cakap makcik tu. Saya tak mahu dia bercerita panjang-panjang tentang alkohol pada saya yang tak minum. Dan saya mahu dia tahu saya seorang Muslim supaya dia boleh sesuaikan ceritanya dengan saya.

Memang saya macam dah lambat nak minum kopi. Tapi tak kisah pun nak dengar cerita makcik ni. Saya pun berminat memerhati apa modus operandi makcik ini terhadap saya selepas pendedahan fakta sebentar tadi.

Makcik: Oh…
Alah makcik ni terus stop pula.

Saya: I’m sorry. Didn’t mean to interrupt. But I thought you have to know upfront about that so that, you know…
Ini stail cakap di sini. Buat ayat tak habis dan harapkan orang tu faham. Well, you know… Yeah, but yeah…

Pakcik: Yeah yeah, we’re very kind people.
Sumpah saya tak cakap pakcik tak baik.

Makcik dan pakcik tu beredar secara tiba-tiba.

Saya: Well, have a good day!

OK. Ini baru betul cerita tabligh ‘bang, ada masa sikit tak?’.

Saya bukan tak suka tabligh.

Saya tahu ada kawan-kawan yang akan duduk pegun dalam bilik/rumah kalau nampak kelibat tabligh datang nak melawat. Kalau boleh, nak berhenti bernafas siap.

Kalau saya tak buat kerja, biasanya saya sambut.

Cuma, kadang-kadang saya rasa mereka ni cakap syok sendiri. Cakap tak berhenti-henti dan tak pernahnya nak bagi tuan rumah tu bercakap.

Pernah dulu sekali waktu saya dilawat tabligh, saya ubah respons. Saya tidak senyap dan membiarkan mamat itu berkata-kata sendirian (dia datang berdua tetapi yang bercakapnya seorang. Hah, seingat saya, semua lawatan tabligh memang macam ni. Mereka mungkin telah melantik jurucakap kumpulan).

Saya bertanya soalan dan ajak dia berbual.

Bukan bual kosong pun. Saya tahu dia tabligh. Takkannya saya nak ajak dia cerita pasal Counter Strike (permainan kegilaan anak muda i.e. kami waktu itu)?

Saya ajak bual cerita tentang masyarakat. Waktu itu ada satu isu yang kecoh sikit. Berkait-kait tentang masyarakat dan Islam. Saya tak ingat spesifik. Mungkin saya belum sarapan juga waktu tu.

Kalau kamu tonton situasi itu, mungkin nampak macam forum perdana dan saya sebagai pengerusi.

Masalahnya, mamat tu macam tak biasa berforum. Dia biasa berceramah sendirian dentam-dentum sebalik rostrum. Bila diajak berbual sedikit, dia hilang rentak.

Ini masalah saya dengan tabligh.

Saya selalu rasa yang dalam komunikasi, kita sepatutnya mengumpul maklumbalas dan menyesuaikan cerita dengan audiens.

Bukan syok sendiri tanpa mempedulikan audiens minat nak dengar ke tak, apa latar belakang dia, dia ada nak cakap sesuatu ke tak, ada tak benda yang boleh belajar daripada dia juga etc.

Bukan syok sendiri bercakap seolah-olah audiens tu tak tau apa-apa.

Sepanjang saya lihat, yang datang ketuk rumah tu lebih selalu buat yang bukan daripada yang sepatutnya.

Kalau yang datang tu tak berminat nak memahami tuan rumah, tak perlulah mengharap yang tuan rumah tu berminat pula nak memahami yang datang.

Ada orang cakap, ‘takpalah, asalkan dia berusaha. Tu usaha dia.’

Betul. Tapi sekadar separa betul.

Kalau kamu yang cakap macam tu, lain kali waktu kamu nak beli/bina rumah, saya hantar kontraktor yang bina stadium runtuh di Terengganu tu. Asalkan dia berusaha bina rumah, sudahlah.

Imej:
The calm after the show

Email Email Print Print

Leave a Comment

Previous post:

Next post: