Website baru di SA

31 July 2009

UMNO SA ada website baru. Saya membantu serba sedikit menaikkan website ini. Beliau masih belum siap sepenuhnya. Sekadar boleh dibaca dan ditonton. Belum melalui proses pewarnaan dan penstailan.

Website ini dibina atas platform WordPress, platform paling ranggi di alam semesta.

Website ini dibina dengan Theme Thesis. Saya kata theme sebab itu terma yang kamu selalu gunakan. Sedikit miskonsepsi sebenarnya. Thesis lebih sekadar theme. Thesis adalah rangka kerja (framework?) WordPress paling hebat di alam semesta. Dengan Thesis kamu boleh menaikkan website yang pelbagai.

Sila lihat di sini. Semua contoh website itu dibina dengan Thesis. Semuanya nampak lain dan unik. Website tempat contoh itu ditayang juga dibina dengan Thesis.

Mungkin kamu tidak faham apa yang saya repekkan di sini. Jadi saya berhenti merapu tentang pembinaan website. Kalau kamu berminat, saya boleh bercerita di tempat lain. Bukan di sini.

Sila ke sana dan pujilah webmaster UMNO SA. Beliau adalah bidan yang baru terjun ke bidang penerbitan atas talian ini. Beliau baru bermanja-manja dengan CSS, XML, PHP dan adik-beradik mereka. Mana tahu nanti, kerana semangat yang kamu beri beliau mampu menjadi koder WordPress terhebat di Malaya (dan saya boleh mengeksploitasi kepakaran beliau).

Hip hip horey!

nota kaki:
Logo itu agak kecil, saya tahu. Itu yang diberi kepada saya, itulah yang saya tayangkan kepada kamu.

Email Email Print Print

Leave a Comment

Previous post:

Next post: